Wednesday, April 21, 2010

Daring

Abok cakap penuh dengan daring sekali " Aq nak buat dokumentari pasal bas la. Sapa nak join?" Hebat sungguh perkataan dia. Sejak sebelum dia pergi negara orang putih, dia memang dah daring. Idea semua nak D.I.Y je. Aq agak itu pasal la muka dia ada iras2 spongebob.

Aq diam aje. Aq suka jugak masuk2 dokumentari ni. Busuk2 pun boleh masuk Youtube. Ada jugak awek Eropah tgk2 muka aq. Japanese look kata mereka. Tapi dalam hati aq melayu 100%. Yakin. Tak masuk youtube pon agak2 boleh buat tunjuk anak bini cucu cicit. Ada la modl nak meninggikan ego di kala umur beranjak ke usia emas.

Uzair yang duduk di seat belakang pantas menjawab ya kepada soalan daring Abok. Uzair memang macaam tu.Selalu setuju je. Senang. Kalo aq pengerusi pemuda UMNO aq kasi dia projek sikit. Baguih budak tu.

"Aq nak buat pasal bas punya tambang. Mahal sungguh. Dulu Rm2 atau RM4 je nak gi KL. Skang dah sampai RM8. MEmang celaka punya mahal", kata Abok sambil memandu Viva belia yang ada alarm system Touch n Go.

Sekali aq balas kata2 dia dengan daring " Aq nak buat dokumentari pasal birokrasi. Jom try book dewan".

Anda tahu apa itu BIROKRASI???

No comments:

Followers