Monday, October 31, 2011

Aziz Biri-Biri menulis

Apa khabar semua. Di sini saya ingin menulis mengenai hal-hal muzik. Muzik ni dari dulu dah jadi minat saya. Tulisan ini ialah bertujuan mengupas perihal muzik, sejarah muzik sedikit dan ada juga menyentuh mengenai muzik sekarang.

Hal-hal muzik ni memang saya minat. Sejak dari kecik dah 'into'. sebagai bukti, semasa di Taski ABIM saya menjadi 'lead vocalist' untuk konsert akhir tahun. Begitu juga saya pernah menganggotai kumpulan nasyid di surau dekat rumah. Tetapi hal-hal muzik rok saya lambat sikit belajar. Umur 12 tahun baru saya join rok.

Rok ni feel dia lain macam. Ketika ledakan Hip-hop dulu, semua orang cakap mesti ada 'ya a aw'. Saya rasa marah tetapi saya pendamkan. Tak guna bertumbuk dengan orang yang pakai seluar baggy dan berbaju FUBU. Mereka ramai, saya seorang. Kalau saya SIVAJI lain cerita.

Zaman apa ni?

Zaman dulu rok yang saya mula-mula kenal iala NIRVANA. Di rumah ada banyak kaset NIRVANA. Kaset dia mesti kulit nipis. Abang ssaya cakap GRUNGE tak payah kulit kaset tebal-tebal. Kalau tebal-tebal kaset kumpulan IMPRESSION. Zaman tu kumpulan IMPRESSION baru nak up. Ini lagi satu benda yang buat saya panas hati. Tapi saya tetap sabar.

Jadi rok yang saya kenal ialah gitar bising2, jerit2, tak mandi dan Kurt Cobain. Dari situ saya mula mengenali hal-hal rok yang lain seperti gitar bes, gajet, tali gitar no 1 sampai no 6, marijuana dan juga Compact Disk. Saya tidak membuang masa melayang grup seperti Scoin, Spin dan juga Budak kacamata.


Ini bukan budak kaca mata

Zaman dulu nak rok agak susah. Tiada kemudahan seperti Torrent, Napster, Youtube mahupun Ipad 2. Dulu saya rok secara usaha sendiri. Pergi kedai auntiy di Plaza Campbell, borak dengan abang atau brader-brader. Ada sekali tu saya tanya hal-hal rok di kedai kaset di Balakong. Tapi haram Cina kedai tu tak tahu apa-apa. Terus saya banned kedai tu. dah tutup dah pun kedai tu. Padan muka.

Pada pendapat saya budak-budak sekarang untung. Mahu belajar hal-hal rok menag senang. Tapi saya sedikit kecewa kerana rok yang mereka tahu hanyalah Bangfes dan juga 'everyday Im shufflin'. Itu bukan rok, itu benda lain. Malas saya nak komen.

Secara konklusifnya saya masih rok sampai kini. Pegang gitar masih ada gayanya. Cuma seluar je kena ekjas sikit supaya dapat muat. Oleh itu nasihat saya kepada remaja zaman sekarang kalau nak rok, belajar dulu betul-betul. Masuk universiti dan jangan lupa tolong mak ayah di kampung.Sekianlah daripada saya.

P/s - Apa cerita Aziz Bari?

Sunday, October 16, 2011

Thursday, October 13, 2011

Followers

Powered By Blogger