Sunday, July 19, 2009

Cita - cita

  • Kecik2 aq suka ikut trend terbaru.Pantang ada benda yang hype musti aq nak join. Memang perangai budak kecik betul.
  • Sewaktu masih tadika abim, cybercop menjadi pujaan. Siapa budak lelaki tak tengok cybercop dianggap kolot dan selalu dipulaukan. Teruja btol setiap petang Selasa pukul 5.
  • Cita-cita pertama aq ialah menjadi cycbercop hijau. Si hijau ni lebih merupakan sidekick kepada cybercop merah. Selalunya cerita watak berkostum gini, merah ialah hero. Aq tak mau jadi hero sbb abg aq dah cop dulu. Malas berebut. Matangkan fikiran aq??
  • Kemudian setelah memasuki alam sekolah rendah, cycbercop sudah basi. Setiap kali nampak anak2 kecik bermain sambil memakai topeng watak2 sebegitu, aq akan tersengeh dan berkata dalam hati aq "heh, budak2."
  • Ketika ini, pengaruh Dragonball berleluasa. Terima kasih kepada syarikat Comic house yang menterjemahkan komik itu ke Bahasa Malaysia, populariti Drangonball meletop2.
  • Macam biasa, aq takkan suka hero. Masa tu suma nak jadi Goku. pantang marah sikit,genggam tangan bajet jadi super saiya ketiga. aq suka wata bernama Trunk. Kalo tak silap dia anak Bezita.
  • Bagi aq dia paling kacak. Jaket paras pusat, pedang dibelakang,seluar getah cerut dan paling trend sekali ialah rambut lebat belah tengah. Pergh..itu yang menjadi idaman anak2 muda zaman tu.Cara2 nak mendapatkan rambut begitu ialah potong rambut slope tepi. Kalo nak dahsyat lagi slope dalam.
  • Aq pon pernah potong slope tepi. Mmg tinggi keyakinan aq waktu tu.Jalan2 musti awek nak usya. Aq wat bodoh je sbb Trunk xlayan pompuan.
  • Setelah Dragonball abes sirinya, muncul pula komik hebat iaitu Slamdunk. Mengisahkan seorang bebal bernama Hanimichi yang menjadi wira basketball. Zaman tu, ramai lah anak muda sebaya aq start bermain basketball. Walaupun berbadan bulat, aq tak terkecuali dari memenuhi gelanggang basketball. Minat sungguh aq.
  • Ada satu tyme tu, aq bersidai di balkoni umah aq sambil berfikir "Aq nak jadi basketball player ke Saintis ni?". Ini ialah bukti yang aq matang fikiran.
  • Kemudian demam anak-anak sidek melanda. Ala..komik pasal anaka2 Haji sidek, wira badminton malaysia. Aq dan kawan2 sibuk pula di gelanggang badminton. Disamping itu, ada juga drama bersiri pasal badminton. Tak silap aq Jaguh2. Rusdi ramli jadi hero. Memang hangatlah jadinya permainan itu. Marah pengetua aq sebab kat tempat parking dia pon ada budak belasah main badminton.
  • Itulah serba sedikit pengalaman hidup aq yang selalu mengikuti trend semasa.Tapi itu dulu.skang aq malas nak layan. Shuffle la. Tektonik a. Rempit a. emo faggot la. Malas nak layan. Aq kan seorang yang matang.

3 comments:

Amir Syafiq said...

yeah.dulu aku terpengaruh yu gi oh.kad kasik keluar naga.seram seram.

nyonya said...

ahaha... u remind me of my bro. semua budak laki mmg cmtuh eh

oshin da vinnci said...

oit..cite jaguh2 tue..mmg best..i pon layan ngn abang2 i...

abg i yg sorg tu dulu konon2 nk jd rashid sidek..
time tue eizlan yusuf ramping bis..

cumil sgt2

Followers