Friday, June 11, 2010

Bola

  • Musim bola sepak datang lagi. Kali ini kita di sajikan dengan Piala Dunia. Kiranya selalu macam makan nasi lauk ayam goreng. Sekarang kita dihidangkan dengan ayam masak madu bahagian ribs. Nak lagi sedap kawan pulak belanja. Begitulah sedapnya piala dunia.
  • Maka ula lah kegilaan di seluruh dunia di mana semua orang akan menumpukan perhatian kepada sukan ini tak kira siang atau malam. Masa2 ni toksah lah buat tournament gasing putar ke, malam muda mudi ke, Konsert AF ke. Pakat semua tak laku. Mana ada benda lazat selain World cup.
  • Di Malaysia juga tak kurang meriahnya. Brader2 akan menyarung jersey pasukan masing2. Waktu terluang di pejabat akan digunakan untuk bersembang pasal knowledge bola sepak. Segala fakta sejarah,nama pemain waima nama line pun akan di bentangkan. Sesiapa yang punya knowledge tinggi akan di pandang mulia dan begitu juga sebaliknya.
  • Budak sekolah pun sebuk. Padang yang dulunya gersangg dipenuhi oleh ronalda, kaka dan Ribery. Memang mantap. Time2 macam ni la scout2 FAM pegi turun padang cari local talent. Ini tak. Sebok bergaduh pasal nak hantar Harimau muda main mana next season sebab Liga super hanya untuk pasukan kesayangan. Bengap!
  • Kedai mamak jangan cakap. Memang akan full house. TEh tarik akan diorder bergelas. Channel bola wajib pasang. Agak2 ada yang nak tgk drama Samarinda ke, Adamaya ke memang kena lempang a. Orang tgk bola kadang2 emosi tinggi. Jaga2.
  • Hommies aq pun tak urang hebatnya. Ada yang dah belli jersey. Ada dah tukar Astro beyond dan tak kurang juga yang masih tak paham apa itu world cup. Meriah. Cukup meriah. Ni dah maacam kenduri tahap international. Semua orang turun rewang.
  • Jadi kesimpulannya Piala dunia memang hebat. Aq harap aq dapat jadi sehebat Piala Dunia.

No comments:

Followers