Sunday, September 6, 2009

Semalam yang hangat

  • Tajuk entri kali ni kredit kepada Wings. Semalam walaupun sejuk, aq terasa bahang kehangatannya. Perinciannya tak perlu dicerita kerana aq memang kedekut kongsi cerita2 manis dengan korang. Haha.
  • Apa yang korang buat bila perlu memilih antara dua pilihan? Dua2 sama molek, sama mantap, sama besh.Pendek kata seperti melihat bayangan satu pilihan yang sempurna melalui cermin.Takde beza.
  • Biasanya aq tak pandai bab2 memilih ni. Aq selalu tersalah pilih. Sebagai contoh hari tu aq salah pilih lauk. Lauk daging kicap dengan kentang goreng sambal. Aq telah memilih kentang tersebut sedangkan aq tau bahawa aq sudah mengambil begedil ketang. Sepatutnya aq amik daging. Korang paham tak apa aq cakap ni? Tak paham sudah.
  • Kadangkala, aq akan biarkan sahaja dilema ini sampai nanti suatu masa aq tak dapat apa2.Sebagai contoh semasa aq darjah 5, ibu aq suruh pilih nak jaket jenama Chargers outfiter atau Tshirt jenama B.U.M. oleh sebab aq keliru tak tau memilih, akhirnya aq tak dapat apa2 sebab SOGO dah nak tutup. Menyesal tak sudah.
  • Jadi apa yang dapat disimpulkan disini ialah pilihan sentiasa ada. Cuma perlu pilih yang terbaik. Tambahan pula pilihan ini melibatkan masa depan. Jangan perjudikan masa depan hanya untuk keseronokan sekarang. Ini ayat dari sifu aq.
  • Sebagai penutup aq ingin menyampaikan serangkap lagu.Terimalah
"Cerita kedai kopi.Cerita kedai kopi.Tiada hakim tiada saksi.Cerita sensasi di kedai kopi."


Sekian

No comments:

Followers