Thursday, September 24, 2009

R.A.Y.A

Selamat hari raya kawan2. Berlalu lah sudah ramadhan,sebulan berpuasa,. Eh, mcm lirik lagu raya je.Haha. Pape pun i had a great raya. Things are not the same for this raya since Im working now. Boleh dikatakan inilah pertama kali aq menyambut raya sebagai seorang dewasa.

Untuk blog entri kali ni aq tak mau bercerita pasal pengalaman raya dengan terperinci. Cuma aq nak kongsi beberapa trivia raya dengan korang semua. Enjoy.

  1. Raya sebagai seorang pekerja kurang feel nya. Kalo tak caya cuba korang kerja.Belum cuba belum tau.haha.
  2. Aq paling tak suka dengar lagu raya. Nanti gua raya semacam. So sepanjang jalan raya, aq pasang lagu2 alternatif seperti Mama Do oleh Pixie Lot dan Superman oleh lucky2.
  3. Buat pertama kalinya aq mempraktikkan salam kaut pada sesi bermaaf2 sesama keluarga. Menggeletar tangan aq menghulurkan sampul raya bercorak KPTM. Muka senyum, hati tuhan saja yang tau.
  4. Tahun ni aq tidak membeli tshirt,kemeja atau jeans raya. Ini semua berpunca dari ketidak-ingin-an aq untuk membazir. Pakai sahaja apa yang ada. Baju biar lusuh, dompet biar banyak duit RM10 (rhyme weh!! LOL)
  5. Untuk kelihatan unggul memakan masa sebulan, untuk kelihatan tidak unggul megambil masa sehari je. Buktinya, lihatlah perut ku? Unggul kan? ;D
  6. Sebagai orang bekerja, aq musti ada skill borak dengan orang2 tua. Jadi sepanjang raya ni, aq cuba berborak2 dengan pakcik2 yang aq jumpa. Susah la. Depa tak lawak. Tapi kena cuba juga.
  7. Antara tema yang popular untuk berborak dengan pakcik2 ialah Lebuhraya, jalan pintas, harga rumah, harga ikan dan ayam, kahwin, politik dan adat di kampung. Tiada langsung topik2 yang aq suka seperti Manchester united, Honda civic atau pun hot chick.
  8. Aq menjadi juara pertandingan kad raya antara kawan2 tempat kerja. Aq dapat paling banyak iaitu dua keping. Satu dari Cik Amir Syafiq yang kacak dan satu lagi dari marka Taufik Batisha yg kacak jugak. Thank you!
  9. Night life di Seremban sangat tiada night life. Ini diakui oleh aq sendiri setelah meraya tanpa tujuan di bandar seremban pada malam raya. patut la Nazmir asek nanges malam2 ngadu kat aq.
  10. Aq rasa jamming dimalam raya telah menjadi rutin aq dan adik beradik lelaki aq. tahun ini kami jamming lagi. Antara lagu2 yang berjaya di main ialah Bila aq sudah tiada oleh Hujan. Sejam main satu lagu je. Kata otai. Haha
  11. Tengah syiok2 main lagu leleh tu, terdengar budak2 studio sebelah bantai layan Muse. Tercabar dengan lagu2 mereka, kami man lagu hujan tu berkali2 tanda protes. :D
  12. Mengambil gambar dengan SLR memang susah.Penat belajar dengan ayah aq, tapi tak paham2. Setakat pakai setting auto tu, baik pakai kamera hp je.Jangan jadi poyo.
  13. Orang Malaysia memang tak reti beratur.
Sekian. Ini antara pengalam aq semasa raya. Harap2 raya korang lebih meriah daripada aq.Adios!

No comments:

Followers

Powered By Blogger