Sunday, September 13, 2009

Memori


  • Semalam kami mengadakan gathering batch TESL 2009 bertempat di Bubba Gump shrimp restaurant di The Curve Mutiara Damansara. Acara julung2 kali ini di anjurkan oleh cik Afifah yang ceria dan dibantu oleh rakan2 lain termasuk diri aq.
  • Setelah beberapa bulan terpisah, kami berjaya juga mengumpulkan seramai 21 orang untuk berbuka bersama2 dan mengembalikan nostalgia UiTM dahulu. Kelihatan muka2 para peserta di hiasi oleh senyuman dan gelak tawa yang membayangkan betapa happy-nya mereka.
  • Bertempat di mutiara Damasara, kami berkumpul tepat pukul 630. Aq datang bersama Afiq dan Epifah Othman. Mereka semua berpakaian ranggi dan stylish.Aq pon ranggi juga. Dengan menaiki automobil Afiq yang baru dibeli dan bernama Budak Kuala Lumpur, kami menyusuri jalan dari Kelana Jaya menuju ke Mutiara Damansara. Seperti biasa kalo tak jam tidak sah.
  • Setelah semua ada, kami pon memasuki restaurant yang berasakan filem Forest Gump itu. Kami ditempatkan di sebuah bilik yang diberi nama Forest room er..ke Bubba room.Mana2 je la.Haha.
  • Kelihatan juga Cp, Dila, Sep, Oni, Rieqa,Amal, Arif dan ramai lagi. Walaupun tidak semua berkumpul, kami tetap rasa gembira. Perbualan kami didominasi oelh cerita2 mengenai kerjaya masing2. ada yang cite pasal KPTM, cite pasal gaji, cite pasal mentor dan ketua jabatan dan ada juga yang bercerita mengenai harga ikan di pasaran.
  • Sambil menunggu jamuan, kami sebok mengambil gambar beramai2. Terdapat banyak posing yang sangat kreatif ditunjukkan oleh para peserta. Kami pelajar TESl.Kami memang riuh. Kalo datang kampung aq dah lama kena parang dengan Haji Hasan.
  • Makan pun tiba dan azan pun berkumandang. Setelah bacan doa oleh saudara Bobo, kami mulakan sesi makan2. Kelihatan para peserta lelaki makan tanpa sebarang kompromi. Begitu juga peserta wanita yang makan tanpa segan silu. Baguih dok ado.
  • Selepas makan atau pun sewaktu makan, kami masih kecoh2 dan mengambil gambar. Memang meriah. Aq rasakan bahawa kami ialah pelanggan terkecoh di restaurant itu. "Jangan dia caj lebih sudah la", kata hati kecil ku sambil cilok kentang goreng Naja.
  • Banyak cerita dan insiden menarik sepanjang pertemuan kami. Ada cerita hangat, ada cerita kacak, ada juga cerita masin. Kami benar2 saling merindui antara satu sama lain. Pertemuan ini digunakan sepenuhnya bagi mengembalikan zaman kegemilangan kami.
  • Kami sedar umur kami makin meningkat. Kami juga takkan dapat bertemu sekerap dulu. Tapi persahabatan kami tetap akan kekal hingga keakhir hayat. Sayang korang semua.
gambar credit kepada Mr Faliq

1 comment:

Yaya said...

ahh..sweet entry nie.sedey pon ade..camne la kiteorg nnt, adakah begitu jua?

Followers