Sunday, January 30, 2011

KECIK besar

Manusia tak pernah rasa cukup. Ada seringgit mau sepuluh ringgit. Ada Myvi nak Passo. Ada warta nak Pavilion. Lumrah manusia. Tak pernah puas apa yang ada. Kan?
  • Orang keta KECIK beria2 bikin kereta. Tukar rim, tambah spoiler, pakai sayap kapal terbang, sambung nos, impak maksima. Sampai Kancil jadi Watdefakisdatkar. Tapi orang keta BESAR tak de la sangat nak bikin2 ni.

  • Orang kerja KECIK rumahnya kecik, anak2 ramai. Hidup bersempit2 kadang nak tgk Akademi Fantasia sama2 pun susah. Tak feel. Orang kerja BESAR rumah besar2. Tapi anak2 ada2 orang je. Pastu haram nak ada kat rumah. Bukit bintang la,Hong Kong la, Broga la, Changkat la. Buat apa rumah besar2?

  • Orang badan KECIK kalau pakai baju mesti cari yang longgar2. Nampak berisi katanya. Tapi orang badan BESAR baju musti mau slim fit. Bagi nampak kecik katanya. Sekali bersin mau rabak baju. Gilak~

  • Orang gaji KECIK sanggup bergadai nyawa dan masa depan untuk membeli barang2 berjenama kalau tak pon barang rip off yang terdapat di uptown/downtown. Bagi nampak ada stail. Baru orang hormat. Masa beli mekdi orang speaking kat dia. Bangga. Orang gaji BESAR berlumba2 mau nampak vintage, old skool atau country. Baju besar2, seluar lipat bawah, beg koyak2, rambut xmau sikat. Sampai ada yang suka beli barang2 terpakai. Thrifting katanya.

  • Geng KECIK cakap geng BESAR tak true. Lupa daratan. Tak ingat perjuangan. Tak membantu. Sell out. Geng BESAR cakap geng KECIK tak true, poser, dan watedehel.
Ok point last tu agak tak paham. Ada aq kesah?

Thursday, January 27, 2011

Pengalaman

  • Dulu2, dalam awal bulan dulu aq ada pengalaman ngeri tapi cool.
  • Itu hari masa Angel masuk ward, aq pegi makan kat Kampung Baru sorang2.
  • Dalam hati dah aim nak senduk tempe goreng sambal dia. Sedap. Sedap sampai kalo Lisa Surihani lalu pun aq xberapa nak kesah. Dia berlalu dengan muka hampa. Cis~
  • Lepas senduk nasi, tempe, kasi tuang sikit kuah kari dan telur masin aq bertekad untuk cari tempat duduk.
  • Orang ramai. Biasa lah time lunch. Kalo tak ramai orang panggil time puasa.
  • Sana meja panjang2. Satu meja boleh pakai dalam 8 orang. So kongsi meja ialah perkara biasa.
  • Aq nampak satu tempat. Nyaman je tempat tu. Kat hujung kanan ada 3 orang brader pakai jaket duduk layan ikan bakar. Aq pilih hujung kiri.
  • Satu persatu suapan padu aq lakukan. Tapi makin lama aq rasa makin tak selesa.
  • Ini sebab makin lama geng2 brader tu makin ramai.
  • Puncak klimaksnya ialah sebanyak 8 orng brader2 member tu duduk semeja dengan aq. The worst part is mereka semua polis dan rambut flat top.
  • Terus rasa menyesal tak ajak Lisa Surihani makan sekali tadi. Damn~

Wednesday, January 26, 2011

Semua orang

  • Buka semua orang senang. Ingat tu.
  • Tak semua boleh buat loan gomen beli SAGA FL bumbung hitam.
  • Tak ramai yang mampu makan KFC set ayam 3 ketul tambah Cheesy wedges.
  • Bukan keseluruhan orang mampu update status Facebook guna handphone.
  • Tak semua mampu beli seluar lipat bawah dan kayuh gerek.
  • Bukan semua mampu lepak Pavilion dan kepit Ipad kat celah ketiak.
  • Tak ramai mampu naik bukit broga.
  • Ingat tu.
  • Kalau ada senang sikit tolong orang lain.
  • Kalau ada duit lebih bawak2 sedekah kat akaun bank aku.

Friday, January 21, 2011

Gila

  • Who ever said that shopping is a good stress reliever must be a filthy rich person or someone who is plain crazy.
  • Last week I almost burn a few Ks because of shopping. But since Im quite a religious (in shopping term) guy, I ended up buying nothing. Thank god!
  • The first incident occur when I was at The Mines Shopping. The purpose I was there was to grab a quick lunch with my angel. But as the saying goes "tak kenal maka tak cinta" I fell in love with a notebook. I have to admit that Im in the mood to buy a new notebook, but it doesnt mean Im ready to buy one.
  • After 30-minutes of discussion with the tokey, I managed to escape alive without buying anything from the store. Fuh~


  • The second incident happened yesterday when I accompanied my Abang to a workshop.
  • "Abang kasi tukar rim la. Kita kasi harga murah punya." Once again my heart stopped when I saw this heart-stopping deal.
  • Geez..... I dont know...maybe its time for me to do something with my car. Its been a while since I wanted to upgrade my car's exterior look.
  • "Murah punya abang. Kasi pasang ini rim, kereta abang nampak naik". Im sure what the tokey said by naik is my car will look somewhat like the car from Fast and furious, if not better.
  • After 20 minutes and 45 seconds I made up my mind. "Saya tak mau tukar. Saya nak beli laptop". Im saved. Haha.


  • Well, that was two not-so-stress-free incident that I encountered in regard of shopping. I just cant imagine I bought two things worth of few Ks which I never wanted to buy in the first place.
  • Call me cheap, call me stingy. Shopping is not for me. I rather stick to surfing FB all day long. Stress free and its totally free. ;)

Tuesday, January 11, 2011

New Year


  • It is still not to late to talk about new year. It is still new year isnt it?
  • Well, this year I hope it will be a great one for me, if not fantastic.
  • Adding up to my new year resolution is that I want to do something that is academically challenging. I can be anything. Writing a term paper, publishing a journal, writing project paper or even take up course that I never think off before.
  • I have lots of reason to be happy this year.
  • Firstly my life is quite okay. No major complaint. No major complaint. Cant ask for more.
  • Another reason to be happy is that I have my angel on my side. My angel is a special one which was created especially for me. Cewah!!
  • As for my new year present, she gave me something priceless. Take a look at the picture. Its priceless. Nuff said.
  • :)

Friday, January 7, 2011

Isu

  • Sudah hari ke tujuh bulan pertama tahun ke sebelas milenia. Baru perasan aq jarang menulis tahun ni.
  • Dulu azam dalam hati mau jadi blogger terkenal setaraf Anwar Ibrahim. Tapi godaan dari tv, kerja, iphone serta awek membuatkan aq terpaksa menduakan impian ini.
  • Tahun ni nak tulis blog berat2. Kasi deep sikit. Baru orang hormat blog aq. Pastu suma pakat jadi follower. Bila follower ramai boleh eksen sama Kepah.
  • Jadi isu kali ini ialah berkenaan dengan perkara yang orang selalu di debatkan di dalam Malaysia.
  • Kenapa orang melayu, especially lelaki kurang maju? Kenapa kat IPT kurangnya lelaki melayu? Kenapa mereka memilih jalan rempit walaupun banyak filem rempit yang memaparkan hero akan eksiden di penghujung filem?
  • Setelah kajian mendalam dijalankan aq dapati terdapat banyak faktor. Salah satunya ialah lagu2 Melayu memang banyak berunsur self defeating.
  • Tak percaya? cuba perhati lirik2 lagu ini.
Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna
Tapi aku hanya tunduk ke bumi
Hidup tertekan

Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu

Senyuman mu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melarat

  • Demikinalah beberapa contoh lirik yang dikategorikan sebagai self defeating. Gejala ini dikesan bermula dari awal 80an merebak ke 90an.

  • Band post-rock circa 1980an

  • Tidak diketahui mengapa trend begini begitu berleluasa. Mungkin ketika itu ekonomi gawat atau pun pinjaman MARA dan PTPTN susah dapat. Jadi ramai lelakiMelayu hidup berlumpur dan melarat sementara awek2 mereka belajar di menara gading kerana abah2 mereka ada "cable".
  • Oleh kerana keciwa dengan pinjaman, ada pula lagu2 sebegini, ramailah lelaki melayu menjerumus ke alam rempit dan juga dadah. Ini kerana untuk join grup ini mereka tak perlu isi borang dan mintak cop ketua kampung. Senang.
  • Apa2 pun zaman dah berubah. Rempit dah berkurang. Mereka dah convert menjadi shuffler atau pengunjung kelab malam.
  • Mereka lebih gemar mendengar muzik2 "layan" sambil menempah maut. Ini juga berkait rapat dengan pilihan muzik masa kini yang sukakan Justin Bibir, Bunkface dan juga DJ-DJ"techno trash".
  • Oleh itu dpatlah dilihat bahawa pengaruh muzik amat kuat untuk kehidupan orang Melayu. Di sarankan agar kerajaan memantau fenomena ini dan radio2 tempatan dapat memutarkan lagu Roy "Ratnaku" dengan lebih kerana lagu beliau mempunyai unsur2 nasihat.
P/s- Ini ialah entri motivasi. Sesiapa yang marah sila pergi ke blog marah2. Sekian.

Wednesday, January 5, 2011

dua kilo sebelas

One of my last year's resolution. Achieved!!
  • Aaahhh..life is back as usual. Im on the similar trail that I rode on last year.
  • The feeling is just the same.
  • Its been a human race ritual to have a new year resolution. Every year, some never fail to have new resolutions even they failed countless time to achieve it. Its okay. Human are creature of habits. So we tend to do the same thing year by year.
  • As for me, I dont have any specific one. I guess my last year's resolution had been achieved successfully. Yes. Im damn proud of myself.
  • But after a while, I guess I have few resolutions afterall.
  • Firstly, I want to save up money as much as I can.
  • Secondly I want to finish my M.A
  • Lastly I want to fell in love with my ANGEL every day.
  • Cheezy aint it? Its just me. ;)

Followers