Tuesday, August 26, 2008

Imbecile Part 2

Entri ini perlukan penggunaan Bahasa Malaysia. Walaupun tak sempurna memang perlu.

Terbaca komen seorang bijak pandai mengenai filem2 dan drama2 di Malaysia: " Produser sekarang lebih suka menerbitkan filem atau drama yang tidak bernegara"

Ada betulnya pandangan ini. Apa yang di maksudkan dengan tidak bernegara ialah drama2, telemovie, filem atau apa sahaja yang tidak melambangkan mana2 budaya atau masyarakat. Lihat sajalah lambakan drama2 di media arus perdana sekarang. Penonton dijamu dengan kisah2 ahli koporat yang keparat. Di rencahkan bersama konflik2 yang tidak berpenghujung. Skandal, rasuah, bunuh, dendam, romen, nangis2. Suma ada. Jika dikaitkan dengan konteks Malaysia, adakah ini melambangkan status atau cara hidup masyarakat kita. Ya, memang ada yg sebegitu di dunia sebenar, tapi bukan semua. Satu dua cukuplah. Ini tidak.Asalkan drama mesti ada watak datuk2, datin, perempuan jahat, bawak kereta mercedes kat jambatan putrajaya. Adakah negara kita menuju ke arah korupsi sebegitu? Tiada lagi cerita yang menarik yang dapat di sajikan kepada penonton? Mungkin ini cara hidup zaman sekarang. memang semua orang hidup begitu. Korporat. Skandal. Romen2. Mungkin saya masih ditakuk lama. Tak moden kata orang. Tak shuffle kata budak2 sekolah yang masih berhingus.Pasif. Subversif. Apa saja saja....

Saya akui, walaupun sekuat mana pun hentaman dibuat, cerita2 sebegini akan terus bertambah. Trend sekarang. Rating penonton tetap tinggi walaupun ramai yang berbunyi negatif. Hipokrit mungkin. Mengikut bijak pandai itu lagi, generasi muda zaman sekarang mungkin terdidik dengan fenomena ini dimana hidup mestilah mewah dan di gelumangi oleh dosa2. Baru la moden. Mereka mungkin berkata itu suma perkara biasa. Terjerumus ke lembah yang gelap dan dalam. Anda mau semua ini berlaku? Saya tidak.

Saya dah bosan. Media arus perdana tolonglah...

6 comments:

amir syafiq said...

hehe apa kata kamu cuba profeesor razak muhaiyedeen.baru shuffle dan alaf baru.

The Birdman said...

actually it's what m'sia film industry have been trying to do. they always talked about creating an identity, like a Bollywood movie it's common to have a villain who's a friend to the police inspector who corrupts the entire department/office which in turn making India corrupted country. maybe m'sia films are looking to use these formulas, with a different approach.

Mc Izzy said...

i second your motion birdman.maybe malaysian producer r trying to create an identity for our industry. unfortunately they chose the wrong identity which totally suck.

sokonglah filem tempatan!

adeb said...

but i like ezora. sory izat. oh..tp takleh celen gossip girl!

xoxo~

adeb said...

tbe2 aku rse comment aku sedikit stupid dan girlish. aku tak bermaksud. haha.

Mc Izzy said...

xpe adib.ur comment is most welcome. =)

Followers