Sunday, January 30, 2011

KECIK besar

Manusia tak pernah rasa cukup. Ada seringgit mau sepuluh ringgit. Ada Myvi nak Passo. Ada warta nak Pavilion. Lumrah manusia. Tak pernah puas apa yang ada. Kan?
  • Orang keta KECIK beria2 bikin kereta. Tukar rim, tambah spoiler, pakai sayap kapal terbang, sambung nos, impak maksima. Sampai Kancil jadi Watdefakisdatkar. Tapi orang keta BESAR tak de la sangat nak bikin2 ni.

  • Orang kerja KECIK rumahnya kecik, anak2 ramai. Hidup bersempit2 kadang nak tgk Akademi Fantasia sama2 pun susah. Tak feel. Orang kerja BESAR rumah besar2. Tapi anak2 ada2 orang je. Pastu haram nak ada kat rumah. Bukit bintang la,Hong Kong la, Broga la, Changkat la. Buat apa rumah besar2?

  • Orang badan KECIK kalau pakai baju mesti cari yang longgar2. Nampak berisi katanya. Tapi orang badan BESAR baju musti mau slim fit. Bagi nampak kecik katanya. Sekali bersin mau rabak baju. Gilak~

  • Orang gaji KECIK sanggup bergadai nyawa dan masa depan untuk membeli barang2 berjenama kalau tak pon barang rip off yang terdapat di uptown/downtown. Bagi nampak ada stail. Baru orang hormat. Masa beli mekdi orang speaking kat dia. Bangga. Orang gaji BESAR berlumba2 mau nampak vintage, old skool atau country. Baju besar2, seluar lipat bawah, beg koyak2, rambut xmau sikat. Sampai ada yang suka beli barang2 terpakai. Thrifting katanya.

  • Geng KECIK cakap geng BESAR tak true. Lupa daratan. Tak ingat perjuangan. Tak membantu. Sell out. Geng BESAR cakap geng KECIK tak true, poser, dan watedehel.
Ok point last tu agak tak paham. Ada aq kesah?

No comments:

Followers