Friday, October 8, 2010

Lelaki melayu


  • Cuba bagi tau aq. Kenapa perlu ada pertandingan Gadis Melayu? Apakah kriteria2 untuk layak bertanding? Apakah ciri-ciri untuk menang?
  • Gadis Melayu. Perlu ke cantik macam bidadari. Perlu ke pakai tudung nampak jambul? Perlu ke ada gambar jadi ahli kelab malam? Perlu ke tunjuk pandai mengaji di depan tv.
  • Sumpah aq tak faham. Ni kes tak paham lagi teruk dari tak pahamnya aq kenapa proton keluar kan kereta kotak JUARAdan kereta loser TIARA.
  • Tak perlulah nak bertanding sapa lagi Melayu. Buat penat je. Alih2 sapa yang masuk pertandingan tu dapat masuk tv. BErlakon drama. Tayang lurah dada. Kahwin sama ahli perniagaan,kerabat atau Dato' bernama A atau B atau C atau apa2 huruf. Cliche.
  • Kalo nak sangat bertanding buat lah pertandingan LELAKI MELAYU. Ini mesti mencabar. Susah nak cari lelaki Melayu yang bagus secara holistik. Kacak, tampan, menawan, berbudi pekerti, pandai mengaji depan tv dan menjawab soalan pengacara secara spontan.
  • Tolak Syeikh Muzafar, berapa kerat je mampu memenuhi kriteria diatas? Pakat kalau buat audition musti tak berapa ramai nak dtang.
  • Bukan niat aq nak perlekehkan lelaki Melayu. Cuma aq tak berapa gemar dengan lelaki yang mengaku Melayu tapi perangai tak berapa nak sedap.
  • Sebagai lelaki Melayu kita kena berperangai sedap sikit. Biar la wajah tak kacak macam Aron Aziz., tapi perangai kasi sedap. Belajar sungguh2. Hormat orang tua. Jaga kelakuan. Tak buang anak luar nikah dalam semak. Tak pakai kasut Supra. Tak dengar Justin Bibir. Bukan gengster warna warni. Yang penting berdaya saing.
  • Baru la sedap di panggil lelaki Melayu. Baru la tak ramai gadis Melayu tak diperdaya Lelaki Lombok awatu Awang Hitam atau Pir bi dil Hei Pakistani.
  • Oleh itu aq menyarankan agar lelaki Melayu termasuk aq berperangai sedap sikit dan gadis2 yang asik nak glamer je ingatlah nak jadi glamer senang- Kena tangkap khalwat atau jadi ahli kelab malam. Tapi semua tu duniawi je.
  • Sekian.

No comments:

Followers

Powered By Blogger