Thursday, October 7, 2010

Cikgu


  • Tadi tengah main Facebook. Tiba-tiba2 terbaca satu note yang di tulis oleh seorang guru. Apa yang menarik note itu mengenai peristiwa dia di hina oleh parents. Kata-kata kurang hajau di hamburkan kepada cikgu tu - "Cikgu, my paycheck is higher than yours".
  • Wah. Terbakar aq dengar ayat2 macam tu. Memang makcik tu takde otak. Semulia2 cikgu dia hina sampai macam tu sekali.
  • Memang sekarang cikgu kerjaya yang tak hip sangat. Bukan mcam dulu. Di pandang tinggi. Zaman sekarang kalo korang kerja doktor,jurutera,penyanyi,pelakon filem murahan kasi tayang lurah dada baru di pandang hebat.
  • Cikgu is an underrated job. Kerja banyak, gaji rendah. Orang luar tengok cikgu keja pagi balik petang. Tapi petang tu pukul berapa? 4? 5? 6?
  • Mengajar kerja cikgu. Guru persatuan kerja cikgu.Buat jadual kerja cikgu. Hari kantin kerja cikgu. Jaga Displin kerja cikgu. Kejar budak pakai rotan kerja cikgu. Jumpa orang buang bayi kerja cikgu. Pendek kata memang banyak.
  • Begitu banyak jasa seorang guru, masih ada orang ramai tergamak mengutuk dan memperlekehkan guru. Katanya guru kerja orang biasa. Gaji sikit. Pastu kata lagi cikgu tak pandai mengajar, anak dia baik tapi gagal exam sebab cikgu, cikgu tak jaga anak dia sampai cedera kepala lutut. Macam2.
  • Sudah2 lah tu. Cukuplah dengan mentaliti rendah mengalahkan monyet. Guru profesyen yang mulia. Mendidik anak bangsa. Para guru tak minta di sanjung. CUkuplah sekadar memahami dan membantu guru-guru mendidik anak2 murid.
  • Jangan sampai nanti guru jadi rare species baru la nak menyesal. Baru nak naik gaji. Baru nak bahas kat parlimen. Baru nak ada rancangan AKADEMI CIKGU. Baru Sultan Bola nak letak jawatan. No point!!
  • Kepada cikgu yang di hina tu, diharap anda tabah. Ini semua dugaan. Takkan selamanya kita dihina. Tengok proton, dulu orang menyampah, sekarang bersepah Persona elegance. Tambah aksesori je pon. Haha!

1 comment:

l@dylily said...

cita-cita nak jadik cikgu.. tp x kesampaian lagik.. hurmm sabar yer kepada cikgu yg kene sound tuh..

Followers