Thursday, October 28, 2010

Labah-labah


Peter berdiri seorang merenung ke luar tingkap. Fikirannya jauh melayang. Bunyi bising tren yang sesekali menggegar bilik kecilnya tidak di hiraukan. " Besar sungguh dugaan ini", dengus Peter sambil melemparkan pandangan ke ruang vakum.


"Peter, bagaimana keadaan kamu?". "Makcik May", sahut Peter dengan nada terkejut. Lamunan Peter terhenti. Kedatangan Makcik May membuatkan privasinya hilang buat seketika. Namu tiada kata-kata muncul dari mulut Peter. Sunyi.

"Sayangku, makcik risaukan keadaan kamu. Kamu banyak berubah. Makcik rindukan Peter yang dahulu", ujar Makcik May memecah kesunyian. "Jika arwah Pakcik Ben kamu masih ada, dia takkan biarkan kamu begini". "Orang muda perlu bersemangat", tambah Makcik May.


"Benar. Kamu perlu jadi seperti Harry. Harry Osborn.". "Mary Jane?", ujar Peter sambil memerhati sekujur tubuh kecil molek berdiri di daun pintu. "Apa masalah kamu Peter? Ceritakan kepada saya dan Makcik May. Kami sedia membantu".


Peter hanya mampu berdiam sambil memandang lantai rumahnya. Tangannya dikepal erat seperti tidak mahu melepaskan sesuatu. "Kalin tidak mungkin dapat membantu. Aku digigit labah-labah radioaktif. Berbisa", bisik Peter di dalam hati sambil berjalan meninggalkan Makcik May dan Mary Jane Watson.

No comments:

Followers