Thursday, August 12, 2010

Sungai



  • Aq akui imbangan badan aq agak foul kalo berjalan di tempat yang licin atau basah. Selalu rasa mcm nak fall down miserably. Teruk perasaan tu.

  • Tapi kalo jalan atas titi yang nipis aq steady je.takde plak rasa mcm nak jatuh2.Pelik.

  • Akibat kekurangan ini aq berasa tidak fun stiap kali berada di tempat2 licin dan basah. Pernah tu tengah basuh keta, jalan nak capai baldi sekali gua summersault dan terduduk. BErgetar bontoot.

  • Ada juga pengalaman di padang bola. Main posisi bek kanan, terasa seperti Gary Neville dari kumpulan Manchester. Dalam hati dah kobar2 mau bua overlap sambil menanti pujian dari kawan2. Sekali gua ter'slip' walaupun bola ada jauh berbatu2. Baju kotor2 umpama baru lepas buat tackle berbahaya . Nasib baik penonton tgh tgk tempat lain. Tapi ada jugak kutu sorang dua sempat lihat insiden tu. Malu weh!!

  • Tapi mother of all slip jatuh kepada kejadian di sungai beberapa tahun lepas. Bermain di sungai bersama kawan2 gua rasa bertuah. Sekali tgh berenang ala Danny Chia, ada segerombolan awek datang join the party. Depa pon mandi2 jugak. Nak di jadikan cerita aq ada bwk DSLR. Memang modal besar a nak amik gambar awek. Snap2.

  • Memang byk gambar awek2 tu gua snap.Nak dipendekkan cerita bila time awek2 tu nak pulang, depa panggil aq. Waktu tu aq baru lepas habis main gelongsor batu. Gua tak pejam mata sebab berani.

  • "Izzat,awek ni panggil ko" jerit kawan aq. Aq dgn hati berdebar dan bergaya macho mula meredah sungai untuk merapati awek tu. Selesai meredah sungai gua lompat2 atas batu pulak. Memang mantap a. Gaya macam surfer terkenal. Sekali tiba2 gua silap step dan ter'slip' depan awek2 tu. Bedebap!!! Gua jatuh terbaring depan awek2 tu.

  • Malu tak ingat masa tu.Dari jauh aq dgr kawan2 dok gelak. Celaka. Siap lu orang. Awek2 tu pun senyum nipis. Celaka jugak. Gua bangun dan terus tanya.

  • "Awak semua nak apa?" "Kami nak email boleh? Nak minak gambar2 awak amik tadi". "Boleh2. b.i.l.l.y.i.z.z.y et yahu dot com". Gua tutur dengan yakin sekali. "Terima kasih awak, babai", ujar awek paling tinggi. Hati gua berbunga2.

  • Awek2 berlalu pergi, aq pun menggosok bontot yang agak pain sebab jatuh tadi. Tiba2 aq teringat, "eh email aq b.i.l.l.i.e bukan b.i.l.l.y". Celaka!!!

1 comment:

ML; Mohd Loqman said...

Okayy. Yang ni kelakar. :) Heee.

Followers