Sunday, March 7, 2010

Frinjan

Semalam, aq pegi Frinjan. Bertempat di Dataran Shah Alam. Baru first time datang bertandang walau dahtau berabad lamanya. Mereka semua ebat2. ada yang berkarya, ada yang berjuang ada juga mereka yang berniaga. Aq tabik semua. Di kesempatan melawat Frinjan aq belajar sesuatu. Berkaryalah dengan bebas. Janagn perangkap diri dengan undang2 tak bertulis yang menyesakkan jiwa. Maka secara terus, aq terinspirasi untuk berkarya. Dengarlah karya bebas tanpa sempadan ini.

Ayat- ayat 1
Bila dunia berpaksi pada nya,
Semua indah belaka,
Hitam dipelangikan,
Busuk di wangikan

Bila dia tinggalkan kau,
hati merana,
Celaka celaka celaka
Kawan - kawan berkata
Padan muka!

Ayat - ayat 2
Cuba lihat dinegara barat,
mereka bebas merdeka,
Berbuat sesuka mereka,
Melakukannya disini sana.

Cuba lihat dinegara kita,
apa bezanya?
Mereka semua seakan sama
Jalan singkat ke neraka

Ayat - ayat 3
Bila aku tertawa, biarkan
Jika aku menangi, biarkan
Sedang aku termnung,biarkan

Ini kerana kesunyian ini suatu rahmat,
dalam hiruk pikuk kota ku jumpa syurga
Walau tidak sempurna tidak mengapa
Kerana itu impian ku.
Biarkan aku.

Nanti ada ayat2 lain aq tulis lagi!

1 comment:

zesty akhtar said...

ke pentas frinjan yew nti kamu.. ;D

Followers