Tuesday, December 20, 2011

Zaman susah

Nanti bila anak2 tanya, "ayah cemana zaman ayah muda-muda dulu?" Apa akan kita jawab?

Zaman ayah dulu susah. penuh dengan demonstrasi. Tunjuk perasaan sana sini. Belum kira jenis yang main ludah, tampar, pecah, bakar dan tembak.

Zaman ayah dulu susah. Tak boleh berhibur tanpa menggunakan otak setiap hari perlu fikir mana hitam mana putih. Tak boleh malas-malas. Nanti di tipu dan di tindas.

Zaman ayah dulu susah. Semua nak bebas. Bersuara nak bebas. Berpersatuan nak bebas. Sampai nak tuju lubang mana pun nak bebas. Bebas menjadi pegangan hidup.

Zaman ayah dulu susah.

No comments:

Followers