Tuesday, March 8, 2011

Bola lagi

Ini entri pasal bola lagi. Apa boleh buat. Gua kaki bola.

Ada satu malam tu gua lepak tempat baru. Kawan2 ajak. Tempat lama dah tutup. Rindu kat bangla yang selalu amik order tu. Memori..ah..lupakan~

"Jom main bola", ujar Uzer atau nama manjanya Papa Panther.
"Geng mana? Sapa ajak?", balas gua mantap. Bab-bab bola ni tak boleh bawak main. Hati gua selalu terpengaruh. Mujur gua tak senang terpengaruh dengan dadah atau kelab malam.
"Ben ajak", balas Uzer sambil tunjuk ke arah Ben. Ben sengih malu2 kucing. Cepat2 gua alih pandangan.

Gua pun setuju dengan cadangan power tu. Balik. Pakai jersi Harimau Malaya, sarung but Nike gua terus cabut. Lalu depan cermin ada iras2 Bung Mokhtar, buan Moktar Dahari. "Damn!", dengus gua perlahan.

Sampai2 je gelanggang dah penuh. Adat orang melayu sampai lambat. Sambil duduk menunggu giliran gua analisa setiap pemain. Gua memang mcm ni. Tak suka tgk bola kosong. Mesti ada elemen ilmiah. Hebat2 mamat2 yang main malam ni. Ada macam Messi, ada macam Ronaldo tak lupa ada juga macam celaka main. Barai abes.

Setelah beberapa round main gua dah rasa panas. Roh pemain2 hebat dunia dah meresap. Gua dapat rasakan lepas ni gua akan jaring gol. Jangan main2. Gua dulu pakar sepakan bebas kelab Colour Blind (ini team lagenda). Tibalah round gua main lagi sekali. Tapi malang. Oleh sebab dah dua round jadi striker, gua terpaksa turun pangkat jadi keeper. Bagi can budak2 lain menyinar. Diorang pun ada impian. Tak baik hancurkan impian mereka.

Bola bergolek dengan laju. Pantas permainan kali ini. Mamat team lawan tengah bawak bola. Gua usya mamat ni dressing dia berat ke mamat shuffle. Kasut kaler fancy. Gua tahan sabar. Boom!!! Sekali satu sepakan padu dilepaskan tepat ke arah halkum gua. Dunia jadi gelap. Tekak rasa mcm pedih2. Gua tunduk buat2 mcm profesional. Dia punya sakit tak payah cakap la. Terasa macam halkum gua senget sebelah. Silap haribulan hilang nyawa.

"Okay. Gua okay", balas gua perlahan. Tapi gua sedar satu perkara. Suara gua dah macam Anuar Zain. Dalam diam gua mula memikirkan untuk bertukar karier menjadi penyanyi kelab yang tersohor.

2 comments:

Azzam?? said...

okeh.. aku bleh voue for ke legend'an color blind tu =D

Mc Izzy said...

ko jgk salah seorang mantan Color blind. Tapi ponteng perlawanan. kah2

Followers