Sunday, March 13, 2011

March

Bulan ini banyak akiviti-aktiviti yang power. Kalau sebagai remaja aktif memang susah nak duduk rumah sepanjang bulan March ni. Tapi kalau budak2 skema diorang lagi senang duduk rumah. Orang miskin pun begitu.

Mula-mula ada movie yang bakal mengalahkan 2 Alam iaitu Merong Mahawangsa. Movie ni dijangka besh sebab ada banyak babak perang2, gaduh, paranawei. Selain itu awek2 pasti tidak mahu terlepas melihat tubuh Stephen Rahman Hughes. Kecur air liur. Dan yang paling penting pengarahnya kacak dan tak pakai bow tie. Sama2 kita nantikan.



Lepas itu ada lagi kegilaan gadis2. Ini memang tengah trending sekarang. Bukan sahaja di twitter tetapi di Facebook, Myspace, Friendster, Hi5, Hai-O dan banyak lagi. Tak lain tak bukan beliau ialah Justin Bieber. Beliau bakal mengadakan konsert di Malaysia. Harap2 beliau tak bukak baju semasa konsert. Kalau tak gadis2 jadi wild. No wonder la Bunkface skang suam2 kuku je. Biebier Mania!



Tapi dalam banyak2 event bulan March, ini event paling power. Kalau lu orang tak join memang tak sayang nyawa la.


Kasi a can beruang Panda, Koala, Beruang kutub, Kongkang dan manusia hidup dalam alam yang sejuk sikit. Remember. What you do count.

No comments:

Followers

Powered By Blogger