Saturday, February 26, 2011

Content analysis of the craziest game on earth

  • Aq mula kenali futsal pada tahun 2004. Masa tu futsal tak power macam sekarang. Susah nak cari Sportplanet atau pun Futsal Perabot.
  • Dalam masa beberapa tahun futsal mulai digilai ramai termasuk aq. Siang malam futsal. Kadang2 yang xde fashion sense pakai kasut futsal pergi kelas atau jalan2 kat Midvalley. Cmon.
  • Sepanjang penglibatan aq dalam arena futsal, aq telah membuat kajian mengenai jenis2 player futsal. Jenis-jenis ini tipikal dan boleh di dapati tak kira di Sportsplanet Ampang atau pun Padang futsal terbuka Bota Kiri. Berikut ialah jenis-jenis player mengikut pengamatan aq:
1. Player jenis jantung kecik



  • Ini jenis player yang kalau datang gelanggang akan masuk dulu. Dia yang dulu pakai kasut. Dia dulu sapu minyak panas. Dia dulu mintak bola kat abang jaga court. Dia juga akan jadi orang mula2 sekali test angin bola. Kalau lembik sangat boleh kompelin. Tapi malangnya jenis ini akan cepat pancit dan akan volunteer di substitute ketika perlawanan baru menjengah minit ke 10. Pancit katanya. End up jadi manager di luar court jerit2 marah orang sepak tak kena.
2. Player jenis SS


  • Ini pulak jenis yang power. Main memang power. Dia punya jenis skill memang tak terfikir oleh orang biasa. Kaki silang2, bola lekat atas buku lali, Lambung bola atas dada, sepak tak pandang. Tu dari segi skill. Kalau gaya pun dia menang. Rambut pacak. Baju sleeveless. Seluar three-quarter jenama NIKE dan kasut yang di endorse TORRES atau RONALDO. Tapi sayang, jenis ni memang SS. Gentel lagi bang, gentel sampai luar padang. Bangang.
3. Jenis badan besar


  • Ini jenis kesian. Selalu di diskriminasi. Memang fikiran orang Malaysia teruk. Asal badan besar je main bet. Badan besar main Keeper. Ingat orang badan besar tak tau gelecek bola ke? Mereka pon ada hati dan perasaan. Gua cool. Gua xkesah jadi bet sebab gua power dan ada teknik zero degree passing.



Dan paling tak sedap sekali dalam jenis-jenis player futsal ialah.....


4. Jenis datang lambat atau tak datang langsung

  • "Hello. Mana?" "Aaa...hello..hello..kami otw..otw. Sabaq sat." Kroih..kroih.. tido balik pon sedap.
  • Memang mintak penyepak.

No comments:

Followers