Monday, May 10, 2010

Sesekali

  • Rutin harian membuatkan hidup kita mendatar tanpa sebab. Tiada naik turun yang signifikan, tiada warna yang menawan. Pendek kata bosan.
  • Jadi sesekali kita hendaklah lari dari rutin harian biasa. Jauh menyimpang dari kebiasaan yang biasa dan takde apa2. Aq berpegang kepada prinsip ini untuk menjadikan hidup aq lebih menarik dan kurang mendatar.
  • Sebagai contoh sesekali aq akan start motor dan meronda2 kota raya. Setelah 7 bulan tidak menjadi penunggang tefar, ternyata skil motor aq masih tinggi. Setakat mencelah bedah tu masih boleh lagi walaupun kadar kelajuan agak berkurangan. Dulu biasa a darah muda. Bawak laju2. Skang bawak motor makan angin je. Ala2 Brad Pitt gitu.
  • Begitu juga dengan music. Walaupun jiwa rock kat, sesekali aq layan jugak rap2 terkini. Seperti lagu Altimet - syukur. Selamba je aq rap. Berani battle jom!!
  • Semalam, aq memecahkan kebiasaan lagi. Selalunya waktu petang hari minggu di habiskan dengan bermesraan di atas katil (tido la ngek!!) Tapi semalam aq menetapkan hati untuk berjogging. Seperti yang semua tahu, kawasan rumah aq takde trek jogging official macam kat tasik titiwangsa tu. Jadi aq niat jogging keliling taman je a.
  • Dengan outfit yang lebih kurang aq memulakan larian. Konsisten. Begitulah larian aq. Tiada sedikit pun mengah atau rasa paru2 nak pecah. Steady babe. Aq kasi round naik bukit kat belakang Taman Megah tu sampai a lalu jalan nak ke Masjid. Lalu plak depan umah Ekin Esa. Aq intai2 mana tau dia sidai kain ke. Tapi dia takde. Aq steady lagi.
  • Sampai la satu kawasan perumahan ni. Sunyi je jalan tu. Mana ntah orang2 kat situ. Tido kot. Aq pon jogging dengan steady. Tiba2 aq rasa macam tak besh. Aq kalih belakang, sekali ada anjing sudah usya panas sama aq. Hati aq debar2 .
  • Sekali anjing tu sound aq. WoooF!! Wooff!! Dengan sepantas kilat aq berubah dari Norherman Majid kepada Usain Bolt.
  • Celaka punya anjing. Berani dia usya aq. Esok petang jaga ko.

1 comment:

jun pyo/mbb said...
This comment has been removed by the author.

Followers

Powered By Blogger