Thursday, May 13, 2010

Cerita bola

Lelaki biasa la sembang pasal bola. Pung pang pung pang. Sebok komen orang tak pandai sepak, lari perlahan, gemuk dan berbagai2 tanpa sedar sendiri main tak seberapa. Aq pun termasuk golongan ini. Tapi aq tak berapa kesah sangat sebab tanpa peminat apalah bola sepak tu. Bagai berenang di padang pasir.

Season bola di eropah telah habis. Ada la beberapa game yang tak berapa penting tak abes lagi. Tapi bagi aq dah abes la. So aq nak tulis blog supaya Sir Alex tau player mana nak di beli off season ni. Jangan main2. Alex Ferguson tau baca Bahasa Melayu. Bijak orang tua tu.

Ok. Komen aq dimulakan dengan bahagian goalkeeper. Seingat aq last season Manchester United takde a masalah sangat kat bahagian ni. Kalo ada masalah pon sebab Ben "I have to prove something" Foster main. Tapi dia dah nak blah.Van Der Sar ada lagi setaun. Back up dia Kuzscak boleh tahan hebat. So secara rumusannya Man Utd kena beli keeper untuk buat back up. Cadangan aq ialah De gea (Atletico Madrid) ataupun Hugo Lloris (Lyon). Prospek dua2 ni. Bakal menggegar dunia. Kena sambar cepat2.


Lloris: Tahan bola pun bergaya

Defender pula. Cerita pasal defender, aq rasa kena beli defender yang membantu menyerang. Sampai bila nak harap Evra. Kanan kita dah ad Rafael" i got red card" Da Silva. Kiri orang cakap ada Fabio Da Silva tapi aq rasa kena beli satu lagi otai untuk kasi ajar Fabio tu. Oleh itu aq cadangkan kita membeli belah di Madrid. Ada satu mamat ni nama dia Royston Drenthe. Dia orang gelap tapi kuat. Kita kasi Madrid takut sket.


Drenthe: Ada iras2 Sagna

Last season midfield mantap jugak la. Peningkatan Darren "I have two lungs" Fletcher amat mengagumkan. Tapi bila kaji2 balik, semua top team Europe ada satu benda yang Man Utd takde, attacking midfilder. Chelsea ada Lampard. Arsenal ada Fabregas.Liverpool ada Gerrard. Madrid ada Kaka. Barca ada Xavi. Maka kita perlu tambah satu lagi player to solve the puzzle. Ini enjin pasukan. penting. Untuk itu apa kata kita usya ke London untuk player nama Joe Cole. Kalau nak mantap lagi Kita usya James Milner dari Aston Villa. Luka Modric dari Tottenham.Tak payah pergi jauh2.


Modric: Come to Poppa!

Last sekali ialah penyerang. Ini ialah position yang paling masalah. Harap Wayne "Rude boy" Rooney sampai penat mamat tu. This is team sport not individual sport. So kena ada la ada gandingan untuk si Shrek ni. Maka mari mencari penyerang berkaliber. Dengar cerita Luis Fabiano (Sevilla) ada berkenan nak datang Man Utd. Lepas tu ada jugak penyerang mahal2 seperti David Villa (Valencia). Tapi kalo mahal sgt amik je penyerang terbuang seperti Lucas Podolski, Huntelaar, dan Karim Benzema. Amik balik depa ni kasi polish gerenti meletop.



Podolski: Gua main pakai otak la!

Itu adalah cadangan2 dari footbal critic genius seperti aq. Selain itu ada juga player2 lain yang boleh dibeli seperti Arjen "I scored against Man utd" Robben, Angel DiMaria, Jaoa Mountinho, David Silva, Cristhoph Metzelder, Amri Yahyah dan S Kumaran.

Apa yang penting, sokonglah pasukan Piala Thomas kita yang nampak seperti jeli.

Hafiz: Si tenang yang tenang

No comments:

Followers