Monday, January 18, 2010

Tahun ini

Aq ingat nak menjadi blogger yang aktif pada tahun ini. Bajet tulis dalam 20 -30 entri sebulan. Tetapi sebaliknya berlaku. Semakin pasif dan kurang menulis. Ini ialah hasil aq bergelumang dengan tempat kerja dan belajar.

Aq tak menyalahkan keadaan. Aq salahkan diri sendiri yang terlalu malas menulis. Banyak idea berlegar di dalam kepala tetapi apakan daya, syaitan malas telah meracun aq supaya terus bergolek atas katil atau melepak di kedai mamak.

Oleh itu, mulai hari ini aq akan usaha untuk mengatasi jumlah entri blog aq pada tahun hadapan. Kalo boleh sehari nak tulis 3. sebab aq suka menulis blog. Aq ada banyak cerita. Sebab aq suka blog. Nuff said.

P/s- entri ini di trulis dalam keadaan tergesa2 sebab nak pergi ke kelas. student dah lama tunggu. haha ;D

No comments:

Followers