Wednesday, December 9, 2009

Future

  • Bulan Disember ialah bulan2 orang bersatu. Mengikut perkiraan aq, aq ada 4 jemputan kahwin dan 2 jemputan tunang dari kawan2 serata Malaysia. Tahniah aq ucapkan. Semoga ada lauk ayam masak merah di hari perkahwinan anda semua.
  • Disamping itu, aq juga baru balik dari staff day tempat kerja aq. Majlis gilang gemilang ini bertempat di Port Dickson. Walaupun dah sejuta kali aq pergi ke PD, aq gagahkan juga utk menyertai staff day tersebut.
  • Majlis staff day kami di serikan dengan artis jemputan iaitu Haiza. Bagi sesiapa yang tak kenal, beliau ialah penyanyi bergenre dangdut dan pernah masuk sehati berdansa. Tersingkir awal barangkali. Cabutan bertuah lumayan juga diadakan. Antara hadiah yang menawan kalbu ialah LCD tv 42" dan laptop Acer Aspire one. Tapi haram apa pun aq tak dapat.
  • Oh ya, hari ini aq bakal menghantar permohonan untuk mendapatkan biasiswa dari KPT. Harap2 dapat supaya takde a abes gaji nak bayar yuran nanti. Kalo dapat la biasiswa ni, aq sanggup lompat kijang dari Tol Bangi hingga Tol UPM.
  • Next semester aq mengajar banyak subjek. Di tambah dengan kelas Sarjana aq, mungkin aq akan kehilangan leisure time. Tiada lagi lepak lewat malam bersama kawan2 dan mamak. Tiada lagi karaoke hujung minggu yang mengasyikkan. Tiada lagi masa untuk usya2 awek di gedung terkenal. Haih~ dunia..dunia...
  • On the good note, aq berjaya sambung kontrak kerja hingga July 2010. Sesiapa yang berjaya sambung, maknanya dia mantap dan berkarisma. Haha~
  • Sekian dahulu dari aq.

No comments:

Followers

Powered By Blogger