Friday, November 20, 2009

PES Komunitas

  • Dato' Dr Hj Fadzilah berkata "Setiap orang ada kepakarannya".
  • Aq pun terpikir sejenak apakah kepakaran aq? Selama 23 tahun usia kehidupan ni, macam2 aq dah belajar. Tapi ada kah aq telah menjadi pakar dalam sesuatu bidang? Jadi aq mula membuat list2 bagi mengetahui apakah kepakaran aq.

  • Mula2 ialah bidang pendidikan. Aq takde lah pakar sangat dalam pelajaran. Agak brilliant cuma belum tahap genius. Jadi aq memang kurang pakar dalam pelajaran.

  • Seterusnya ialah bidang musik. Minat ada. Tapi bakat takde. Hari2 angan2 jadi rockstar, tapi nak main intro Sweet child of mine pun kantoi.Haram...~ Menyanyi apatah lagi. Tak de seorang pun yang kata suara aq tahap sedap. Suma mencaci sama ada secara terang2 atau dalam hati. Tetapi ada juga awek2 yang kata suara aq ada market. Aq tak percaya. Nak ngorat aq la tu. No way!!

  • Sukan? Pergh..dengan berat yang terlebih berat ditambah dengan bentuk perut yang tidak mengizinkan, aq bukanlah pakar dalam bidang sukan. Paling kuat pun aq main futsal dengan kawan2. Ada a juga gol sebiji dua tapi belum tahap Dirk Kuyt mahupun Yosi benayun dari kumpulan Liverpool.

  • Tapi tiba2 aq terpikir sesuatu yang mengujakan aq. Setelah berpikir dalam aq melabelkan diri aq seorng pakar. Pakar bermain game Pro Evolution Soccer atau nama pendeknya PES atau nama Jepunnya Winning eleven.

  • Gelaran itu aq raih kerana aq rasa diri aq memang pakar bermain game ini. Bakat aq semulajadi. Tak perlu LATIHAN NERAKA seperti Amir, tak perlu pakai TEAM CHELSEA CYCBORG seperti Nazmir. Apa yang aq perlu hanyalah bakat.

  • Kepada sesiapa yang tak tahu PES ialah game bola sepak dimana objektifnya ialah memasukan bola ke dalam gawang atau nama glamernya gol.Sesiapa yang hebat bermain PES akan dipanggil KING manakala yang lemah di panggil SAYUR. Aq selalu jadi KING.

  • Antara gelaran yang aq pernah raih ialah Naib Juara Fakulti Pendidikan. Itu pun masa final gua kalah sebab tgh bersin lawan jaring gol. Damn! Selain itu anugerah Juara Taman sering kali diraih aq setiap kali adanya tournament. Memang terharu bila aq ingat balik zaman kegemilangan.

  • Apa kepakaran anda?

No comments:

Followers

Powered By Blogger