Sunday, November 8, 2009

Life

  • Memandu ialah suuatu kata kerja yang dilakukan oleh aq hampir setiap hari. Walaubagaimana pun, ialah bukan lah kata kerja kegemaran seperti makan dan tidur.
  • Di Malaysia ada ramai pemandu. Masing2 punyai gaya tersendiri seperti memandu secara makcik, memandu secara tangan sebelah diluar sambil pegang rokok atau memandu secara main sms.
  • Tapi paling banyak2 gaya memandu yang aq paling tak berkenan ialah memandu secara tak menyempat. Golongan ini selalunya memandu secara membabi buta dalam kelajuan yang tinggi.,selalu cucuk angin kereta depan, selang keta orang kanan kiri dan paling teruk ialah selalu memandu kereta malaysia yang dibikin bajet mcm Mitsubishi. Keji!
  • Aq sering tertanya- tanya apa tujuan memandu sebegitu rupa? Adakah mereka terpengaruh dengan Vin Diesel dan cara pemanduan yang rugged dalam filem atau pun mahu menunujukkan kepada orang ramai kereta Wajalution mereka. Setidak2nya adakah mereka tak menyempat nak balik rumah untuk berak.
  • Apa pun alasannya, pemanduan begini mengundang padah kepada pengguna jalan raya. Ia tidak pernah diajar di sekolah2 memandu.
  • Akhir kata aq ingin menasihati kepada pemandu sebegini supaya ingat anak bini, saudara mara dan famili ketika memandu. Kalo eksiden banyak cerita woo.
  • Aq akhiri entri ini dengan pepatah yang aq cipta sendiri:
"Memandu secara tak berpada, membuatkan ahli keluarga anda perlu mengunjungi kedai keranda"

Sekian

1 comment:

Oshin Da Vinnci said...

hehheheh...

b careful everywhere ya U!!

Followers

Powered By Blogger