Friday, August 14, 2009

Persatuan

Sudah lama rasanya tidak menulis. Aq sibuk dengan tugasan2 di kolej yang semakin menimbun. Biasalah, Dr.M juga kadang2 tiada masa senggang untuk menulis diblog kegemaran ramai beliau.

Sekarang ni Geng KPTM Bangi yang diangotai oleh Ayahanda Shaari, Kepah, Ira dan aq sudah bertambah ahli. Ini ahli tetap bukan ahli hantu macam Nazmir. Masa sekolah dia suka sign up nama untuk mana2 persatuan pastu tak datang perjumpaan. Nakal btol. Nama ahli baru kami ialah Fariz, seorang pensyarah business dan marketing. Rumah ibu bapanya di Batu 3.

Fariz menjadi ahli baru kami setelah lulus beberapa siri ujian dan ritual. Kumpulan kami bukanlah sebuah pertubuhan kongsi gelap yang mengamalkan budaya liar. Cuma ada biasa bagi orang baru, perlulah diuji. Orang masuk asrama kat UiTM pon kena uji.

Pertama sekali kami uji kepantasan dia datang ke KPTM Bangi. Geng kami memang selalu datang awal kecuali Ira. Dia selalu bangun lambat. Sbb tu kami tgh berpikir utk gantung keahliaan dia. Tujuan kami datang awal ialah mematuhi pertauran kolej dan menikmati breakfast bersama. Sambil2 itu mengusik Kak Ani cafe dgn harapan dapat diskaun. Ternyata Fariz lulus ujian kami kerana dia sering sampai awal dan mampu membelasah Mee goreng lauk sotong bersama kami tiap2 pagi.

Kemudian ujian Dayak. Memang menjadi ritual kami setiap Jumaat utk berhibur menonton gelgat Dayak di bazaar masjid. Dayak ialah penjual ubat yang terkenal. Dia mampu menarik penonton dengan persona yang dimiliki. Sekali lagi Fariz lulus ujian Dayak kerana dia juga turut terhibur melihat Dayak. Bagus!

Seterusnya ujian cendol. Tindakan ini ialah yang paling radikal kerana kami secara bersembunyi dari boss keluar dan menikmati cendol Bangi. Ini bukanlah kesalahan kerana menurut peraturan, sesiapa yang keluar lama sahaja perlu mengisi borang. Kami keluar setengah jam sahaja. Namun kepada sesiapa yang berhati tikus akan cuak badak sekiranya keluar dari kolej tanpa mengisi borang. Fariz ternyata seorang berhati singa kerana dengan selamba mengikut kami minum cendol sambil berangan2 mahu makan karipap sardin. Mana nak cari karipap kat kedai cendol???

Ujian terakhir ialah besi keliru. Ujian ini memerlukan seseorang untuk meleraikan dua keping besi menggunakan kreativiti mereka. Besi keliru itu ialah milik Farid a.k.a roomate aq. besi itu agak mengelirukan. Aq sendiri mengambil masa seminggu untuk menjadi seorang pakar besi keliru. Sekarang aq boleh mendabik dada. Fariz hampir2 gagal ujian ini, tapi oleh kerana belas ihsan aq dan Kepah, dia berjaya lulus. Itu pun setelah kami ajar dia step by step.

Sebagai kesimpulannya, geng KPTM Bangi hanyalah geng yang ditubuhkan atas dasar setia kawan dan memerlukan teman. Oleh itu, sesiapa yang mahu join kami silakan. Pintu kami sentiasa terbuka.

3 comments:

Amir Syafiq said...

nazmir masuk PRS pun jadi ahli hantu.tapi dia jadi ajk jugak.hehe.

p.a.n.a ★ ちゃん said...

XD

W. Suhailaliza binti W. M. Hussin said...

wahhh..besnye korang!!! kami kat sini ritualnye hanyalah makan tempat yang sama hari2 dan sampai hari ke-lapan, semua orang akan buntu untuk membuat keputusan di mana mahu makan. ahh, semakin membosankan~

Followers