Thursday, February 12, 2009

Siri bercakap bukan - bukan



Kalau perahu terlajak buleh undur, kalau terlajak kata? Boleh mintak maaf. Cuma kadang2 maaf saja tak mencukupi. Hanya dengan minta maaf kita tak boleh mengundurkan kata2 yang telah di ucapkan.

Oh. Saja je nak tulis benda kat atas tu. Hari ni aq tak pergi kelas. Terlayan tido sampai pukul 11. Ni la yang seronok jadi student. Malas tak payah pegi kelas. Cuba kalo orang keja buat macam tu. Mau makan megi je sampai akhir hayat.Haha.

Lately, tenaga aku banyak digunakan untuk benda2 ilmiah. Ia melibatkan tennaga fizikal dan mental. Panjat tangga library (fizikal), berfikir panjang (mental) dan byk lagi. Aq dah buat keputusan. Mau jadi orang2 ilmiah. Takkan selama2nya nak jadi orang kebanyakkan. Hidup musti ada wawasan.

Tadi Lat a.k.a bos sementara aq call. Dia offer kerja yang berilmiah juga dalam bentuk penterjemahan. Aq malas.Jadi aq tolak.

Oh. Kalo pemalas boleh jadi orang ilmiah tak?

5 comments:

LeSScAkAp said...

berbekalkan usaha orang malas juga boleh jadi ilmiah...

oh, usaha tu kene rajin juga kan?

...

Mc Izzy said...

btol a cakap ko.kena usaha juge.

part tu yang aq malas...

owh.cemana a nak jadi org ilmiah ni??

M.Z. Hadi Kamardin said...

yg kurik itu kendi, yg merah itu saga...
yg mahal itu chevy, yg murah itu kereta proton saga...

kalau nak beli kereta saga baru tanya naja bez ke tak...

Mc Izzy said...

eh.jgn memandai buat falsafah. roasak bahasa. marah Dewan Bahasa

M.Z. Hadi Kamardin said...

eleh... eja ROSAK pun x betul nak marah orang...

ahahaha...

tenis...
tenis...

Followers