Saturday, July 3, 2010

Dilema

Lihat disana
Mereka sedang bergembira
Cuba toleh di sini pula
Ramai yang menderita

Ada di persimpangan
Antara merah dan putih
Tapak ku kaku
lidah ku kelu

Usaha itu biasa
Mimpi indah sekadar menyinggah
Perlu tahu tapak ku di mana
Tidak perlu berhati gundah

Akhirnya tersedar jua
Tempat ku bukan di sana
Bersama yang menderita
Tidak mengapa
Aku rela
Asalkan tiada lagi dilema

No comments:

Followers