Tuesday, January 27, 2015

MUET

Sedikit FAQ mengenai MUET

Apakah itu MUET?
MUET ialah akronim Malaysian Universiti English Test. Sebuah peperiksaan anjuran Majlis Peperiksaan Malaysia bagi menguji kebolehan calon menggunakan Bahasa Inggeris dalam empat aspek: Listening (mendengar), Speaking (bertutur), Writing (menulis) dan Reading (membaca)

Siapa yang perlu menduduki MUET?
Sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pertama di mana-mana universiti di Malaysia. Pelajar diploma tak perlu pening-pening.

Bila saya perlu menduduki MUET
Mengikut keperluan. Sesetengah universiti seperti UiTM memerlukan pelajar mempunyai MUET sebelum mereka memohon masuk ke program Ijazah pertama. Ada juga yang memerlukan untuk graduasi Ijazah pertama. Jadi lebih baik tanya terus kepada universiti berkenaan.

Berapakah Band yang diperlukan untuk MUET?
Sekali lagi ianya bergantung kepada universiti dan program. Ada yang serendah band 2 hingga setinggi band 5. Tanyalah kepada pihak yang tahu. Jangan tanya kawan-kawan.

Berapa lama tempoh sah laku sijil MUET?
5 tahun. Selagi masih dalam tempoh, keputusan MUET anda sah di gunakan.

Saya tidak berpuas hati dengan keputusan MUET. Apa yang saya boleh lakukan?
Boleh memohon untuk semakan semula atau boleh sahaja menduduki MUET sekali lagi. No problem.

keterangan lanjut sila layari website MPM.

No comments:

Followers

Powered By Blogger