Thursday, August 22, 2013

Perdana College Heights, Pajam

Toyota 86 di tengah jalan

  • Sudah hampir setahun sejak saya berpindah ke alamat seperti yang tertera di atas.
  • Secara dasarnya perumahan yang dimajukan disini kelihatan menarik dan moden.
  • Bagi sesiapa yang sukakan suasana yang tenang dan sunyi, mungkin di sini ialah kawasan anda.
  • Secara jujur, kejiranan di sini agak sunyi kerana dihuni oleh mereka yang muda dan bekerjaya. Pergi pagi pulang petang. Begitulah keadaannya.
  • Bandar terdekat ialah Bandar Baru Nilai. Segalanya ada di sini. Kedai, restoran, bank, pejabat dan universiti. 
  • Berdekatan dengan LEKAS dan PLUS, akses ke utara dan selatan agak mudah.
  • Tetapi salah satu perkara yang perlu di nilai secara terperinci ialah Kilang pemprosesan biogas berhampiran yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan terutamanya waktu malam. Kalau silap caranya, anda mungkin bertukar kepada makhluk hijau. Shrek atau Incredible Hulk.
  • Dapatlah disimpulkan bahawa kawasan ini tidakah begitu teruk. Jika anda memmpunyai duit yang lebih silalah melabur di sini. 
  • Sekian.
Ps- saya sedang cuba berlatih menulis secara formal di dalam bahasa melayu.

No comments:

Followers

Powered By Blogger