Pada 17 Jun lepas, genaplah setahun saya berada di Puncak Alam. Masa berlalu begitu pantas.
17 Jun tahun lalu, ketika baru pulang dari percutian di Pulau Tioman, saya terus bergegas ke 'dunia baru ini'. Tempat yang penuh misteri.
Tak saya nafikan, pada mulanya memang terasa sukar menyesuaikan diri di sini. Bilangan pokok lebih banyak dari bilangan manusia. Sesuatu yang agak asing bagi saya.
Pada waktu malam, kedengaran pelbagai bunyi. Kelawar, burung hantu dan tak kurang juga suara jiran memarahi anak.
Puncak Alam ialah tempat yang indah bagi mereka yang sukakan ketenangan. Majoriti penduduk tetap di sini ialah mereka yang bekeluarga. Mungkin mereka mahu anak-anak membesar dengan menghirup udara yang segar.
Dari segi fasiliti, Puncak Alam tidaklah serba kekurangan. Ada kedai runcit, 7eleven, McDonalds dan juga Econsave. Bolehlah hidup bak kata orang.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti main game, main internet, tengok televisyen, makan2, dan kayuh basikal. Pendek kata the opportunity is endless.
Jadi saya ulang sekali lagi, sudah setahun saya berada disini. Disinilah rumah saya. Disinilah perut saya membesar. Disini juga saya bekerja.
No comments:
Post a Comment