Wednesday, June 20, 2012

Bicara semasa

Petang itu Penghulu Hamsan Midori tak senang duduk. Ke hulu ke hilir dia. Naik rimas Talib Mustapa menengoknya. Kalau tak dikenang jawatanya beliau sebagai driver, dah lama di lempang nya Penghulu Hamsan Midori ni.


"Assalamualaikum", tiba-tiba suatu suara memecah keheningan suasana. Penghulu Hamsan Midori bergegas ke pintu lantas seraya tersenyum. "Ha...sampai dah orang tv, internet dan suratkhabar. Masuk-masuk. Lama dah saya tunggu".


"Terima kasih sebab datang. Saya petang ni nak bagi press conference sikit. Saya nak meluahkan perasaan saya", Penghulu Hamsan Midori berkata-kata sambil orang tv, suratkhabar dan internnet terkial-kial keluarkan buku nota, setting camera dan mikrofon. Talib Mustapa hanya menjeling malas.

"Saya ni orang lama dalam perjuangan. Sejak tahun-tahun dulu lagi saya dah masuk selut lumpur tolong orang. Saya dapat pangkat Penghulu ni pun sebab saya banyak berjasa. Tanyalah orang kampung. Balairaya tu saya yang bagi dana. Belum kira court takraw, meja carom dan kolam ikan si Wong tu. Semua saya tolong.". Sambil Penghulu Hamsan Midori sibuk memperkenalkan diri dan jasa-jasa beliau, sempat juga orang internet tulis sesuatu dalam tweet dia. Update hastag barangkali. Cekap dan amanah sungguh.


"Tapi tuan-tuan, hari ini saya kecewa. Orang lama berjuang macam saya disuruhnya menagih simpati untuk memperbaharui lesen tebang balak saya. Ini tidak betul. Ini tidak adil.". "Inilah cara kerja mereka. Nak disuap baru boleh. Nak di bawak keraoke. Nak diberi amoi. Baru bisnes boleh jalan. Cilakak!". terkejut orang tv, dan suratkhabar dengan kata-kata kasar Penghulu Hamsan Midori. Orang internet kelihatan selamba kerana kata- kata kesat boleh didapati secara pukal di internet.


"Saya dah tawar hati. Saya nak tukar perjuangan. Ini semua cara salah. Saya betul-betul marah. Orang macam inilah merosakkan bangsa sendiri. Kita kena tunduk, bagi hadiah baru dia nak tolong. Tu rumah si Haji Berahim depan sana, mana settle lagi kes dia. Udah tua bebeno Haji Berahim tu. kesian dia." terkeluar telo Perak Penghulu Hamsan Midori. Marah benar dia nampak petang ini.

"Saya tukar perjuangan. Bawah saya ada ratus-ratus orang. saya tak kesah dah. Iyaarrgghhh!!" kata Penghulu Hamsan Midori sambil mengibarkan bendera perjuangan sebesar kain rentang Konsert Mawi di simpang depan kampung sana".


"Kiiiitaaa berkenalan hanya dalam muka buluuuu......", secara tak semena telefon bimbit Penghulu Hamsan Midori yang berjenama CLS 2600 spice berbunyi bingit. "Ya..halo...ya..Dato Hamswari...ya...ya...ermm...apa? Lesen dah lulus? ya...ya..ya..terima kasih..jumpa malam ini tempat biasa Dato.". 


"Tuan-tuan suratkhbar, tv dan internet. Saya tak jadi tukar perjuangan. Tak tergamak saya mahu mengkhianati perjuangan suci yang saya dukung selama ini. Tadi saya hanya berasa kecewa dan berfikiran tidak rasional. Sekarang tidak lagi. Terima kasih keran datang", kata Penghulu Hamsan Midori dengan lantang dan tegas. 


Talib Mustapa masih menjeling malas. 

No comments:

Followers