Monday, April 4, 2011

Komunis

  • Masa belajar dulu, selalu lepak mamak. Nama mamak tu Darul Ehsan. Mungkin sebab kat Selangor nama dia macam tu.Kalau kat Sabah mungkin nama dia mamak di bawah bayu.

  • Mamak kat sana tak lah hensem mana. Sekadar sedap mata memandang. Kira ok lah. Kalau tak sedap mata memandang boleh bawak marah. Bila marah tak selera nak makan. Tak selera makan buat apa lepak mamak. Tak gitu?

  • Selalu lepak dengan kawan2 satu course. Itu je kawan yang ada. Keh2.

  • Ada satu masa tu tgh sedap makan roti tampal, datang satu pak arab ni. Dia pakai jubah putih. Ketayap warna putih. Janggut pun putih. Badan sedap2 kalau nak masuk gusti.

  • Datang2 dia terus duduk kat meja kami. Belum sempat kami cakap apa dia dah buka mulut. Ada bunyi2 arab. Aq cuba dengar dengan teliti. Mana tau dia baca surah lazim. Aq memang hafal. Tapi sepatah ponn aq tak paham. Kami sabar. "Dia mengaji kot", ujar Syameer.

  • Selepas abes dia bahasa Arab kan kami, dia tiba2 cakap bahasa inggeris. Kami sebagai budak2 TESL memang wajib paham bahasa ni. Mula2 susah. Tapi lama2 senang. Pernah sekali tu aq chat sama Christian Bale. Sekali tu Christian Bale tiruan. Memang terbakar.

  • "Please help our brother in Afghanistan. We are Muslim. We are brother", aq buat2 tak dengar sambil siul lagu grup Brothers. Tahun 90an dulu diorang memang up.

  • "Help us to fight communist in Afghanistan. We need your help brother", ujar pak arab tu lagi. Kami dah segan2 malu. Pak arab tu cakap sikit punya kuat. Sampai satu Darul Ehsan usya kami. Cis.

  • Dengan muka tak rela Syameer hulur duit dua ringgit bagi sama pak arab tu. Dalam hati aq pasti lepas ni musti Syameer nak pinjam duit sama aq buat beli Dunhill. Cis. kena kat aq balik.

  • Lepas dapat duit pak arab tu berlalu. Dia tak pulak mintak sama orang lain kat Darul Ehsan.

  • Kami sambung makan. Tiba2 aq bersuara "Eh. Kat Afghanistan ada komunis ke?".

2 comments:

adibah said...

hahahahahahahahahahahaha! tu la sengal sgt! kena tipu. keh3.

Mc Izzy said...

wahahah..aq masih ingat rupa paras beliau

Followers