Tuesday, June 25, 2013

Alam

Cuba keluar di malam hari
Nikmati angin yang menyapa
Indahnya dunia walaupun tanpa cahaya
rasakannya bukan dengan mata

Jangan pernah berhenti mengembara
Alam ini luas untuk semua
Bukit bukau gunung ganang
Masih banyak yang belum diteroka

Hijau daun biru langit
Warna warna yang menyapa setiap hari
Tanpa resah tanpa gelisah
Nikmatinya dengan jiwa terbuka

Perjalanan semua berbeza beza
Panjang pendek bukan hak kita bertanya
Terus melangkah dengan kaki
Gunakan mata dan hati untuk memerhati

Selasa
25 Jun 2013
1457

No comments:

Followers