Sunday, March 17, 2013

Pantulan kaca

Kabur, berbalam, tidak jelas
Sepertinya melihat ke arah kaca
Apa yang terzahir, apa disebaliknya
Sukar untuk ditentukan mereka

Maka lahirlah pelbagai pandangan
Penjelasan, alasan serta cerita
Yang sama diraikan
Yang beza diperlakukan sebaliknya

Kaca tetaplah kaca
Pantulannya tidak sejelas cermin
Terus berbalah mereka yang lemah
Makin gundah, makin lemah

No comments:

Followers