Tuesday, July 17, 2012

Ujian saringan HIV


Inilah rupanya HIV test kit

  • Sejak 2005, ujian saringan HIV ialah ujian wajib bagi semua pasangan yang ingin di-ijab kabul-kan. Rasionalnya ialah memastikan pasangan itu tidak berkahwin dengan seseorang yang mempunyai HIV positif.
  • Dunia sekarang macam-macam. Duduk senyap-senyap pun boleh terkena jangkitan HIV. Jadi apa yang Jabatan Agama rahkan ini ialah perkara yang tepat di dunia globalisasi ini. Cewah!
  • Ujian perlulah dibuat di klinik kesihatan atau hospital kerajaan. Institusi swasta tidak dibenarkan kerana ditakuti ada yang mengamalkan rasuah, pecah amanah atau pun penyelewengan. 
  • Biasanya ujian dilakukan pada sebelah petang. Pagi-pagi semua orang sibuk nak cek kolestrol, darah tinggi dan tak kurang juga pegawai kesihatan yang sibuk buat kerja atau minum teh. 
  • Adalah lebih afdal jika telefon klinik kesihatan yang diidami terlebih dahulu. Ini kerana sesetengah klinik sangat sibuk dan perlu membuat temu janji. 
  • Tak perlu ke jabatan agama untuk mengambil borang. Itu prosedur lama. Ini sudah zaman milenia. 
  • Tak perlu bawa apa-apa kecuali IC dan hati yang tenang. Selepas isi borang ala kadar duduk dan ikut arahan nurse yang bertugas. Kalau nurse garang sikit-sikit tak usah ambil hati. Mungkin mereka lapar. 
  • Prosedurnya senang sahaja. Nurse akan mengambil beberapa titik darah dari hujung jari dan mentiskannya ke atas alat yang seakan-akan pregnancy test kit. Kemudian tunggu 10-15 minit sudah dapat keputusan.
  • Sedikit nasihat, pergilah ke klinik kesihatan yang agak terpencil. Ini kerana tidak perlu menunggu lama dan kadang kala nurse mereka berwajah manis. Kalau buat di tempat 'hot-spot' boleh jadi perlu menunggu hingga 2 jam setengah. Pengalaman saya buat di klinik kesihatan Kampung Terachi, 10 minit sudah habis.
  • Itulah serba sedikit pengalaman saya menjalani ujian saringan HIV.
P/S- bagi yang takut darah, saya nasihatkan pejam mata masa nurse cucuk ambil darah di jari. Hehe..

1 comment:

kelvin said...

Kalau nak tau result HIV cepat, boleh beli HIV Test Kit dari www.hivtest.com.my. Result dalam 5 min sahaja.

Followers