Wednesday, January 11, 2012

Radio

  • Ketika memandu saya selalu mendengar radio. Radio selalu menemani saya. Nak harap2 penumpang2 susah sikit. Mereka ralit main iphone, samsung galaxy atau pon blackberry. Oleh itu saya melantik radio kereta saya sebagai teman rapat saya didalam kereta.

  • Radio ni kadang2 saya pasang yang berbahasa melayu. Kebanyakkan radio melayu menggunakan bahasa melayu urban. Konon-konon hip la. Lagu pun bukan main boleh tahan. Kadang2 keluar Aizat. kadang2 keluar Nasir Wahab. Paling top sekarang dengar Shila Hamzah. Boleh tarik hati cik Tunang.

  • Kadang2 kalau datang insaf saya dengar IKIM.FM. Dengar IKIM.FM ni banyak faedahnya. Selain menenangkan jiwa, kita juga boleh menambah ilmu. Time-time ustaz kelakar keluar, memang sedap dengar ceramah tu.

  • Tapi paling terbakar bila dengar lagu Najwa Latip. Dia punya panas sampai statistik reckless driver meningkat setiap bulan. Apa kes ni?

No comments:

Followers