Mula2 ada mamat main bola. Nama dia Mesut Ozil. Nama betul dia Muhamad kalo tak silap. mamat ni tinggi. Setakat suruh pegang LCD projektor atas siling tu dia memang lulus la. Berasal dari Iran, muka dia memang sebijik Mesut Ozil Si Jerman tu. Gua saspek dia ada hubungan darah sama player tu.
Lepas tu ada pulak mamat Chris Rock. Muka dia takde a sebiji sangat. Ada iras2 bak kata orang tua2. Ataman nama diberi. Berbudi pekerti dan tak berapa gemar main bola. Dia ni antara kawan 'baik' aq dari Nigeria. Tiap kali kalo mengantuk dalam kelas aq akan pandang muka dia. Muka dia sangat menghiburkan.
Yang ni musti korang tak sangka. Kelas aq siap ada Beyonce. First time nama dia terus aq nyanyi lagu "all the single ladies" sorang2 dalam hati. Siap teringat video beyonce menari pakai baju renang. Gila! Juga orang Iran. Tapi sayangnya nama betul dia aq tak berapa ingat. Mungkin sebab suara aq tak berapa nak sedap untuk tnaya nama dia.
Selain Ozil, ada juga lagi sorang mamat bola, nama dia Saha. Dia ni bergaya otai2 sebab dia dah otai pun. Tapi dia semangat dalam kelas.Selalu tanya banyak benda. Tapi paling besh kalo ada group work dia musti nak namakan group dia. Dah macam kem motivasi aq rasa. Btw aq nak namakan group aq lebah berapi. amacam? Hangat tak?
Cukup2lah tu.Antara serba sedikit mengenai kelas Master gua. Walaupun dipenuhi bintang, tak sedikit pun aq rasa tergugat sebab aq tak berapa nak kesah sangat. lain aq kalo diorg ada muka celebrity leh dapat markah lebih. aq pun nak jugak sebab muka aq ada iras2 Ken watanabe.
No comments:
Post a Comment