Wednesday, August 18, 2010

Puasa

  • Bulan - bulan puasa begini, aq lebih aktif di malam hari berbanding siang hari. Ini sebab siang tak dapat minum air. So aq ambil keputusan untuk kurangkan penggunaan air dalam badan.
  • Paling kuat pun aq keluar rumah untuk amik surat kat pos box je. Tak leh lama2. Panas. Kalo panas berpeluh. kalo peluh air kurang. Bahaya.
  • Malam hari biasanya di mulakan dengan kunjungan ke surau bagi solat tarawikh. Kena rajin sikit beribadat. Bulan kerahmatan ni. Rugi tak ibadat lebih2.
  • Selepas selesai witir, sebelum sempat pak imam nak angkat mic bagi tazkirah, aq dah cabut. Biasa a. Jiwa muda. Darah tengah mendidih. Mana boleh duduk satu tempat lama2.
  • Kebiasaannya tahun ni aq akan melepak di mamak bersama kawan. Aktiviti orang tua yang bosan tahap gaban. Sikit2 bukak cerita awek. Ye la. Nak buat cemana. Memang topik hangat bagi orang2 sebaya aq ni. Awek, kawen, anak, rumah banglo, mitsubhi lancer. Natural order of life!
  • Paling otai aq pernah pegi lumba motor kat jalan belakang pegi Desa Baiduri. Dulu2 jalan situ baru siap. Mana nak ada lampu jalan semua. Sekali tu member ajak lumba. Aq sahut cabaran dia sepenuh jiwa.
  • Dengan motor modenas kriss yang lampunya sedikit malap, aq berjuang mempertahankan maruah. Vroom...vroom...aq pulang minyak motor.Jiwa dah tak keruan.
  • 1,2,3.....vrrrrrrrrrrooooooooooommmmm!!!!!!!!
  • Pada saat dan ketika itu baru aq tau, Yamaha 125Z memang laju banding dengan Kriss 110. Aq makan asap malam tu.

No comments:

Followers

Powered By Blogger