Sting
Membesar dengan Drangon ball ialah kewajipan bagi kanak2 yang lahir tahun 80an. Kalau tak tahu siapa itu Goku, Bulma dan Kurin, maka jatuh lah darjat mereka dikalangan rakan sebaya. Pengaruh Komik itu sangat besar sehingga aq mempunyai azam untuk menjadi seorang manga-ka yang terkenal.
Jadi seawal umur 9 tahun aq sudah mula melukis komik sendiri. Semasa itu, komik aq hanya bermodalkan pensel 2B jenama swan, buku latihan no 6 dari kedai buku, pembaris kayu dan juga pemadan gambar bendera negara mana ntah.Walaupun masih mentah komik aq mendapat sambutan dari rakan2 sekelas dan adik beradik. Aq berjaya melukis sehingga ke siri ke 6. Betapa hebatnya aq ketika itu.
Berikut ialah sinopsis komik tersebut:
Sinopsis
Sting ialah seorang pemuda yang berkuasa luar biasa. Antara kuasanya ialah boleh terbang, bertenaga super dan mampu mengeluarkan gelombang dari tangan. Semenjak dari kecil Sting tidak pernah kenal ibu bapanya. Dia yang berasal dari planet Zarik di besakan oleh Pak Abu.
Musuh Sting bernama Jarry. Beliau juga mempunyai kuasa super. Berniat jahat untuk menakluk batu ajaib Zarik tapi sering ditewaskan oleh Sting. Jary dibantu oleh kuncu2 seperti Rhino dan Mouse.
Antara klimaks cerita ini ialah abang kembar Sting datang dan berlawan degan Sting. Muka mereka sama tetapi dapat dibezakan degan warna baju. Abang Sting berbaju hitam manakala Sting berbaju putih.
Analisis
Oleh kerana ketika berumur 9 tahun aq tidak paham akan konsep lagiat, maka sedikit sebanyak cerita ini diciplak dari cerita Superman. Cuma bentuk watak tidak sama. Watak Sting ditiru secara kasar dari watak Trunk dalam siri Dragon ball.
Cerita ini mendahului zaman dimana konsep 1Malaysia diterapkan walaupun pada waktu itu tiada konsep sepertinya. Hubungan antara Sting dan Pak Abu sangat erat. Ini dapat memupuk cintakan sesama manusia.
Disamping itu watak haiwan seperti badak dan tikus diterapkan. Ini dapat mengajar kanak2 supaya menyayangi haiwan terbiar maupun yang dibela.
Ole kerana aq melayu, konsep atau jalan cerita drama melayu tidak dapat dielak. Dpaat dilihat perbalahan adik beradik adalah biasa dalam mana2 drama melayu kini. Pergaduhan dan pergeseran adik beradik tidak boleh dielak umpama cincang air, takkan putus.
Secara keseluruhannya aq berpuas hati dengan komik ini. walaupun hayatnya pendek, ia tetap mempunyai peminat tersendiri. Sekian.
Glossari: Manga-ka = pelukis komik.
No comments:
Post a Comment