Sunday, February 21, 2010

Ahad

  • Bangun pagi, aq terus masuk bilik air. Tak ramai mampu buat begini. Hanya golongan berdisplin tinggi saja. "Mencabar!", kata seorang rakan.
  • Habis mandi terus sahaja disuakan dengan nasi lemak dan kopi nipis. Sambil mengunyah, aq sibuk berborak dengan nenek kesayangan. Ibu pula sibukmelobi supaya menghantar dia ke Jalan TAR. Dalam hati aq dah terbayang kesesakan jalan raya. Aq jenis tak bleh jam sket. Kalo jam personaliti aq berubah. Aq jadi marah2. Kulit pun jadi gatal2.
  • Abes makan aq mencapai newaspaper dan mula membaca. Hanya para ilmuwan yang menjadikan ini rutin harian. Adakah aq seorang ilmuwan? Lu pikirla sendiri.
  • Tiada berita menarik. ari2 sama. Jenayah sana sini. Awek lari ruma pastu menyesal pastu nak jadi artis. Artis sana sini buat perangai dan pelbagai lagi. Cubalah tulis benda2 yang membina sikit. Seperti tol akan dimansuhkan atau ptptn memaafkan semua peminjam. Baru la dunia ni ceria.kan??
  • Selesai membaca aq pun kembali ke bilik. Aha!! majalah Ujang. Lama sudah tak membaca majalah sebegini.Seingat aq last baca ialah tahun 2008 masa keja MPH. Masa tu dok curik2 baca sebab aq jaga bahagian magazine.
  • Sambil membaca aq baring2. Tiba............
  • Sedar2 dah pukul 6. Celaka!! Abes hari ahad aq begitu sahaja. Tak membina langsung!!

No comments:

Followers

Powered By Blogger