Saturday, May 23, 2009

Ahli fikir

  • Bumiputera semakin ketinggalan. Itu lah realitinya.
  • Semenjak aq kecil, aq xpernah faham erti bumiputera.Hinggalah aq akil baligh dan mampu berfikir secara logika.
  • Bumiputera pada pemahaman ku bermaksud pendudud peribumi di suatu kawasan.Dalam kes Malaysia, penduduk bumiputera ialah orang2 melayu, dan segenap orang asli yang mendiami bumi bertuah ini sejak dari dahulu lagi.
  • Ya, memang bumiputera pemilik tanah ini. Ia milik kita. Tapi kenapa kita seperti berada di bumi yang asing?
  • Maksud aq ketinggalan ialah dari banyak segi, terutamanya ekonomi.
  • Bekas PM kita, Tun Dr. Mahathir berulang2 kali menyatakan kerisauannya kepada isu ini.Tetapi nampaknya begitu susah untuk bumiputera berubah.
  • Sebagai contoh lihat sajalah perniagaan2 yang melata di bumi Malaysia.Siapakah pemilik premis2 kecil dan besar itu.
  • Ya, sudah semestinya bukan milik orang bumiputera. 
  • Bukan niat untuk menghentam.Memang ada peniaga bumiputera yang berjaya.Tapi jumlahnya sangatlah sedikit.Nisbahnya tidak stabil.
  • Orang2 bumiputera memang bernasib baik.Mereka mempunya keistimewaan yang diberikan kerajaan.Amanah saham, hartanah bumiputera dan banyak lagi.
  • Tapi sampai bilakah orang2 bumiputera mau jadi begini.Kebergantungan ini membawa padah kelak jika ia tidak di kurangkan.
  • Kita mendapat keistimewaan ini semata2 atas nama bumiputera.Tapi kebelakangan ini, ada suara2 lantang menentang keistimewaan ini.Kenapa?
  • Sebab orang2 bumiputera masih leka.Yang bukan bumiputera sudah berasa bosan dengan bantuan2 kerajaan yang dianggap berat sebelah.
  • Bagi aq ini semua tertakluk kepada kita.Mana anak2 muda bumiputera yang dicanang2 untuk menjadi peneraju negara masa hadapan?Mengapa bumiputera masih ketinggalan?
  • Sebagai seorang yang pernah remaja dan belia, saya kadang2 takut dengan senario sekarang.
  • Anak2 muda bumiputera asyik bepeleseran dan mencari hiburan.Bukan seperti rakan2 lain yang mencari ilmu untuk masa hadapan.
  • Atas nama keseronokan, habis semua maruah digadai,agama dicanai. Berpesta,dadah,arak.Sumpah aq katakan.Sepanjang menjadi pelajar Universiti, banyak benda menakutkan aq telah lihat dan dengar.
  • Aq pun bukan jenis yang bagus sangat.Tapi tidaklah pula hingga merosakkan diri sendiri.Sebagai generasi baru aq sedar, kita tidak boleh berada di zon selesa selamanya.Sesuatu harus dilakukan.
  • Kalau boleh aq ingin ubah segalanya.Tetapi aq hanyalah seorg. Jadi aq usaha atas apa yang aq mampu.
  • Puan Rohaya, guru ku pernah berkata, kita tak boleh mengubah satu dunia, tapi cukuplah mengubah apa yang boleh dicapai oleh tangan kita.Insya allah kebaikan itu akan menular.
  • Aq hampir bekerja.Aq berdoa agar ditetapkan iman dan pendirian untuk terus meyumbang kepada bangsa dan negara. 
p/s- entri ini bukan berbau politik atau perkauman.cuma cetusan rasa seorang pemuda yang takut dan ingin berubah.

2 comments:

Amir Syafiq said...

kita mampu berubah.tapi masalahnya kita berpecah belah.yang berkelebihan tutup mata pada yang kurang berkelebihan.yang kurang berkebolehan pula malas dan hanya ingin ambil jalan mudah.sebab tu kita setiap kali diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

ills said...

whoa izzat, easy there tiger.

Followers

Powered By Blogger