Wednesday, June 20, 2012

Selamat ulang tahun


Puncak harlem

  • Pada 17 Jun lepas, genaplah setahun saya berada di Puncak Alam. Masa berlalu begitu pantas.
  • 17 Jun tahun lalu, ketika baru pulang dari percutian di Pulau Tioman, saya terus bergegas ke 'dunia baru ini'. Tempat yang penuh misteri.
  • Tak saya nafikan, pada mulanya memang terasa sukar menyesuaikan diri di sini. Bilangan pokok lebih banyak dari bilangan manusia. Sesuatu yang agak asing bagi saya.
  • Pada waktu malam, kedengaran pelbagai bunyi. Kelawar, burung hantu dan tak kurang juga suara jiran memarahi anak.
  • Puncak Alam ialah tempat yang indah bagi mereka yang sukakan ketenangan. Majoriti penduduk tetap di sini ialah mereka yang bekeluarga. Mungkin mereka mahu anak-anak membesar dengan menghirup udara yang segar.
  • Dari segi fasiliti, Puncak Alam tidaklah serba kekurangan. Ada kedai runcit, 7eleven, McDonalds dan juga Econsave. Bolehlah hidup bak kata orang.
  • Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti main game, main internet, tengok televisyen, makan2, dan kayuh basikal. Pendek kata the opportunity is endless.
  • Jadi saya ulang sekali lagi, sudah setahun saya berada disini. Disinilah rumah saya. Disinilah perut saya membesar. Disini juga saya bekerja.
  • Viva Puncak Alam!

No comments:

Followers

Powered By Blogger