- Minggu ini saya ada dua temuduga. Temuduga untuk ke jawatan tetap.Sebelum itu biarlah saya menerangkan sedikit sebanyak tentang diri saya. Saya pensyarah di UiTM. Jadi tentulah temuduga ini berlangsung di UiTM.
- Tujuan saya menulis ialah untuk membantu rakan-rakan pada masa hadapan. Sedikit sebanyak saya mahu berkongsi pengalaman temuduga tersebut. Sebelum ini saya cuba cari maklumat pasal temuduga ke jawatan tetap, tetap tiada info.
- Pertama sekali ialah temuduga di peringkat fakulti. Ini paling susah sebab merek atanya banyak pasal pedagogi, silabus, cara marah student dan juga apa nak buat kalau student kenyit-kenyit mata.
- Jadi untuk temuduga peringkat fakulti silalah banyakkan ilmu didada. kalau setakat datang kosong sahaja, memang keluar muka merah-merah. Jangan tanya kenapa.
- Di samping itu ada juga 'mock teaching'. Panel nak tengok kita mengajar. Jadi ajarlah mereka sebaik mungkin. Cakap dengan jelas, power point bagi ada gerak-gerak, baru mantap.
- Selesai temuduga fakulti, rasalah lega sedikit. Reward diri anda dengan chicken chop. Itulah yang saya lakukan.
- Temuduga kedua ada banyak cerita. Ini cerita saya. Temuduga kedua punyalah senang sebab panel ajak berborak pasal diri sendiri. Channel astro apa suka tengok? Pergi demo bersih tak? Tengok Hafiz hashim main semalam tak? Begitulah soalan-soalannya.
- Tapi cerita kawan saya lain sedikit. Dia disoal mengenai ekonomi. Agak sukar menjawab kerana kawan saya tu pensyarah bahagian urat-urat. Ekonomi tak fasih sangat.
- Jadi begitulah serba sedikit mengenai temudga ke jawatan tetap. Semoga cerita saya dapat dijadikan panduan dan teladan.
Friday, May 25, 2012
Temuduga
Labels:
jawatan tetap,
temuduga,
uitm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
thanks kongsi cerita. this help me alot.
sama2 ;)
Salam..
Nak tanya sikit..
Selalunya brapa lama masa proses dr 1st interview (mock teaching) utk ke 2nd interview and dapat offer letter?
Sebab saya dh lepas utk mock teaching then dh dapat sms utk hadir 2nd interview..but tiba2 diorg(uitm melaka) bagitau interview tu postpone and tarikh br akan di'inform nnti..Tp dh nk 1 month dh still blum dpt apa2 berita..Huhu..
Post a Comment