Monday, November 28, 2011

Bicara lelaki

" Aku bukan apa dow, benda-benda ni mengarut. Benda salah kita kena betulkan", kata Jefri dengan slanga orang muda. Lagu Adele berkumandang di persekitaran. Mengarut betul anak muda sekarang.

"Kau bayangkanlah dow, tiap - tiap minggu mesti mengarut. Sikit-sikit takpe. Ini mengarut dia tiga lapis punya. Lagi karut dari tiga line.". "Cuba bayangkan, orang pakai tudung salah, orang pergi bercuti salah, orang beli kereta pun salah. Merepek betullah MELODI ni.", Sungguh-sungguh Jefri berkata-kata. Mentang-mentang dia dulu ahli jawatankuasa Speaker's corner.

Zaid Hamdin hanya diam. Matanya terkebil-kebil memandang skrin komputer. Hatinya tak berapa minat nak layan jefri. Bukan apa, tengah sibuk main game. Ditambah pulak karakter dia tengah menaik. Zaid Hamdin bercita-cita nak jadi pemanah tersohor dia tanah Ragnarok.

"Inilah antara sebab orang melayu kita lemah. Sikit-sikit MELODI. Sikit-sikit artis. Mengarut. Tengok orang Cina. Belajar sungguh-sungguh. Setiap hari buat matematik. Tak lupa juga makan sup sirip ikan yu yang berkhasiat. Benda-benda ni buat menaik darah aku."

Setelah lama mendengar, Zaid Hamdin bersuara "Biarlah diorang. Lantak diorang lah nak tengok MELODI ke, GALAXY ke, FUHH! ke.."

Prang!! Runtuh meja uzur di rumah sewa dikarate Jefri. Marah sungguh dia dengan kata-kata Zaid Hamdin. "Ah! Benda salah aku fight. Aku ni berdarah pejuang tau. Panglima naning tu moyang aku. Aku nak report kepada kerajaan supaya MELODI ni di hentikan siaran. Tak guna punya rancangan, merosakkan Melayu. Penat-penat Ibrahim Ali berjuang, ada pula yang nak merosakkan Melayu."

"Ye lah. ye lah. Aku setuju pendapat kau Jefri." Zaid Hamdin malas berbalah. Last time dia lawan cakap dengan Jefri, sampai dua hari dia kena ambil emergency leave.

"Macam ni lah kawan aku. Terima kasih sebab sokong perjuangan aku. Esok juga aku usahakan surat aduan tu", Jefri tersenyum puas. " Aku nak berehat main internet kejap. Eh kau tau aku jumpa blog sedap dalam internet semalam. Dia punya cerita memang layan".

"Apa nama blog tu? Blog Obesefind ke?", kata Zaid Hamdin acuh tak acuh.

"Beautiful nara dot com".

Prang!! Meja yang patah tadi menjadi debu.

No comments:

Followers

Powered By Blogger