Memang melayu tak mudah lupa. Tak percaya lihatlah buktinya:
- Melayu tak lupa nak berhibur. Ini memang champion. Mana pernah lupa. Rata-rata kalau buat kajian segala jenis bentuk hiburan adanya orang Melayu. Lakonan, nyanyian, ahli kelab malam, ahli rempit dan termasuk juga ahli lorong2. Melayu tak putus2 mengisi jawatan kosong di atas. Jadi mana bukti Melayu mudah lupa?
- Melayu tak lupa pasal kuota. Ini pon tak pernah dilupakan. Malahan diperjuangkan habis-habisan. Pantang ada yang datang meminta secebis dua, melenting mereka. Belajar nak kuota, buat rumah nak kuota, melabur nak kuota malah nak baja tahi lembu pun nak kuota. Superb.
- Melayu tak pernah lupa nak berbalah. Santau sana, fitnah sini, video seks sana, murtad sini. Bak kata Abe Kelate "Kalu gocoh, memang nombor satu!!". Tu belum kira kumpulan kepentingan. Anda amno, pas,perkasa, kita, kami,dia, saya dan paling baru Kumpulan K-Pop gula2. Macam celaka!
- Melayu tak pernah lupa nak masuk Akademi Fantasia. Rujuk point pertama. Nuff said.
Berdasarkan maklumat di atas ada betulnya jika orang cakap kata2 Tun Mahathir salah. Lupa? Mana ada meh..!!
Sebenarnya ada banyak lagi. Malas tulis.
P/S - saya Melayu.
No comments:
Post a Comment