Friday, January 7, 2011

Isu

  • Sudah hari ke tujuh bulan pertama tahun ke sebelas milenia. Baru perasan aq jarang menulis tahun ni.
  • Dulu azam dalam hati mau jadi blogger terkenal setaraf Anwar Ibrahim. Tapi godaan dari tv, kerja, iphone serta awek membuatkan aq terpaksa menduakan impian ini.
  • Tahun ni nak tulis blog berat2. Kasi deep sikit. Baru orang hormat blog aq. Pastu suma pakat jadi follower. Bila follower ramai boleh eksen sama Kepah.
  • Jadi isu kali ini ialah berkenaan dengan perkara yang orang selalu di debatkan di dalam Malaysia.
  • Kenapa orang melayu, especially lelaki kurang maju? Kenapa kat IPT kurangnya lelaki melayu? Kenapa mereka memilih jalan rempit walaupun banyak filem rempit yang memaparkan hero akan eksiden di penghujung filem?
  • Setelah kajian mendalam dijalankan aq dapati terdapat banyak faktor. Salah satunya ialah lagu2 Melayu memang banyak berunsur self defeating.
  • Tak percaya? cuba perhati lirik2 lagu ini.
Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna
Tapi aku hanya tunduk ke bumi
Hidup tertekan

Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu

Senyuman mu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melarat

  • Demikinalah beberapa contoh lirik yang dikategorikan sebagai self defeating. Gejala ini dikesan bermula dari awal 80an merebak ke 90an.

  • Band post-rock circa 1980an

  • Tidak diketahui mengapa trend begini begitu berleluasa. Mungkin ketika itu ekonomi gawat atau pun pinjaman MARA dan PTPTN susah dapat. Jadi ramai lelakiMelayu hidup berlumpur dan melarat sementara awek2 mereka belajar di menara gading kerana abah2 mereka ada "cable".
  • Oleh kerana keciwa dengan pinjaman, ada pula lagu2 sebegini, ramailah lelaki melayu menjerumus ke alam rempit dan juga dadah. Ini kerana untuk join grup ini mereka tak perlu isi borang dan mintak cop ketua kampung. Senang.
  • Apa2 pun zaman dah berubah. Rempit dah berkurang. Mereka dah convert menjadi shuffler atau pengunjung kelab malam.
  • Mereka lebih gemar mendengar muzik2 "layan" sambil menempah maut. Ini juga berkait rapat dengan pilihan muzik masa kini yang sukakan Justin Bibir, Bunkface dan juga DJ-DJ"techno trash".
  • Oleh itu dpatlah dilihat bahawa pengaruh muzik amat kuat untuk kehidupan orang Melayu. Di sarankan agar kerajaan memantau fenomena ini dan radio2 tempatan dapat memutarkan lagu Roy "Ratnaku" dengan lebih kerana lagu beliau mempunyai unsur2 nasihat.
P/s- Ini ialah entri motivasi. Sesiapa yang marah sila pergi ke blog marah2. Sekian.

No comments:

Followers

Powered By Blogger