- Ketika ini ramai adik2 universiti tersenyum riang dan berhati senang. Gaya jalan sudah berubah. Begitu juga penampilan dari kepala hingga kaki. Kenapa agaknya??
- Jawapannya mudah. PTPTN dah masuk. Ya orang kampung semua. PTPTN dah masuk. Masih ingta lagi sms awal pagi dari Bank Islam mengatakan baki akaun anda sudah jadi banyak. Bangun pagi terus berebut masuk toilet. Masing2 nak kelihatan wangi.
- Waktu2 begini biasanya keadaan kampus agak sedikit lengang. Adik2 universiti berjalan keluar dari kelas dengan penuh kelajuan. Mantap!
- Midvalley, Sunway Pyramid, Low yatt dan Times square antara tempat2 wajib dilawati. Berjalan pula bukan berseorangan. Bagi yang mementingkan brotherhood, musti jalan bersama teman2 seperjuangan. Jalan musti seirng sambil lagu GERAK KHAS berkumandang.
- Tetapi yang lebih besh ialah berjalan bersama awek2. Time2 macam ni memang awek2 akan jadi manja lebih. Baby, sayang dan manja adala panggilan2 biasa kedengaran.
- Bagi yang balak pula time ni la nak tunjuk besh. "I belanja u baju yang u idamkan tu". "U nak beli hardisk? Okeh. I belanja. 1G? 2 Tera?". "Eh baby, apa barang makan Mekdonel, meh I belanja makan TGI Friday. I dah lama mengidam kambing goreng". "I ingat nak tapau kasut SUPRA 3. I nak jadi mcm BEZITA".
- Itu lah antara dialog2 adik2 universiti yang kedengaran di gedung membeli belah terkemuka. Memang mantap. Time ni Justin Bibir lalu sebela buat tak port je.Selamba!!
- Itulah senario adik2 universiti zaman sekarang. Satu je nasihat dari aq. Guna PTPTN berpada2. Tu duit pinjaman.bukan biasiswa. Lagi satu duit jgn kasi abes sama awek sgt. Belum tentu kawen. Haha!
P/s _ Bagaimana saya tahu semua ini? Saya pun pemandu juga. (Iklan ESSO)
4 comments:
pergggghh terbaik entry ni "Saya pun pemandu juga"...
billieO
LOL ;)
gua masu kasut Supra 10...ahahahha..
tp gua bukan dapat PT..lagi hebat dari diorang..gua dapat TP..hehehehe..
Post a Comment