- Penunggang motorsikal adakalanya di-rate sebagai pengguna jalan raya kelas kedua. Golongan ini sering didiskriminasi. Pelbagai gelaran juga diberi kepada mereka seperti penyemak jalan raya, orang miskin, peragut dan juga rempit.
- Aq tak puas hati degan senario sebegini. Memang diakui terdapat golongan penunggang motor yang memang patut di diskriminasi. Rempit yang takde akal. Anak2 muda yang nak kena lempang. Aq pon talk puas hati dengan depa. Tapi bukan semua perlu di layan buruk.
- Cuba bayangkan yang menunggang motor tu ialah ayah seseorang. Pakcik seseorang. Abang seseorang. Anak seseorang. Mereka dalam perjalanan ke tempat kerja untuk mencari rezeki demi keluarga. Atau pun pelajar yang gigih menunggang ke kelas demi secebis ilmu.
- Orang2 yang bongkak, bukan semua penunggang motor itu rempit. Mereka manusia juga. Treat everyone equally. Jangan sebab ko bawak kereta tiga palang ko nak eksen dengan orang lain. Logo motor Yamaha pon tiga palang tau!
- Aq juga penunggang motor. Walau pun dah berkereta aq still sayang motor dan menunggangnya ke tempat kerja, kedai atau pon gerai nasi lemak. Aq takkan pernah jadi orang sombong yang memandang penunggang motor hina.
Tuesday, October 27, 2009
Semalam
Labels:
personal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment