Thursday, October 29, 2009

Impian (bukan cerita sunsilk)

Bahagia itu subjektif. Terpulang kepada setiap individu untuk menilainya. Ada mengatakan ada duit, bahagia. Ada pula kata ada keluarga, bahagia. Bermacam2 kata boleh membuahkan bahagia. JAdi rumusnya bahagia itu ada dimana2. Di sini aq kumpulkan beberapa definisi bahagia seperti yang dikatakan oleh orang2 disekeliling ku.

  • Makan biskut peanut butter cecah air susu cokelat HL. Memang heaven! - senior TESL.

  • Kalo hari2 dapat makan kentang goreng kan besh. - budak bawah umur.

  • "Saya ada impian". "Apa?" "Saya nak travel". "Jauh ke?". "Jauh juga". "Wow.....mau pegi mana? Hong Kong ke? Taiwan ke?" "Bukan..saya mau pegi itu Sungai Wang." -bekas rakan sekolah.

  • Gua teringin nak belasah Fender Telecaster kaler itam tu. Campur plak cabinet amp marshall. Lengkap hidup aq!! - bekas pekerja kedai buku.

  • Pergh....BMW 5 series. Kalo dapat gua lenjan 190 kat highway guthrie. - Kawan kereta

  • Balik ni kalo dapat pekena roti canai dengan teh ais mantap!! - Pengajar kontrak.

  • Dah abes buat AE. Bahagianya!! - TESL

  • Alangkah beshnya kalo dapat tatap muka awak sekali lagi. - Man karat

Tuesday, October 27, 2009

A decade under the influence

To hell with you and all your friends, to hell with you and all you friends its on!

Semalam

  • Penunggang motorsikal adakalanya di-rate sebagai pengguna jalan raya kelas kedua. Golongan ini sering didiskriminasi. Pelbagai gelaran juga diberi kepada mereka seperti penyemak jalan raya, orang miskin, peragut dan juga rempit.
  • Aq tak puas hati degan senario sebegini. Memang diakui terdapat golongan penunggang motor yang memang patut di diskriminasi. Rempit yang takde akal. Anak2 muda yang nak kena lempang. Aq pon talk puas hati dengan depa. Tapi bukan semua perlu di layan buruk.
  • Cuba bayangkan yang menunggang motor tu ialah ayah seseorang. Pakcik seseorang. Abang seseorang. Anak seseorang. Mereka dalam perjalanan ke tempat kerja untuk mencari rezeki demi keluarga. Atau pun pelajar yang gigih menunggang ke kelas demi secebis ilmu.
  • Orang2 yang bongkak, bukan semua penunggang motor itu rempit. Mereka manusia juga. Treat everyone equally. Jangan sebab ko bawak kereta tiga palang ko nak eksen dengan orang lain. Logo motor Yamaha pon tiga palang tau!
  • Aq juga penunggang motor. Walau pun dah berkereta aq still sayang motor dan menunggangnya ke tempat kerja, kedai atau pon gerai nasi lemak. Aq takkan pernah jadi orang sombong yang memandang penunggang motor hina.

Wednesday, October 21, 2009

D.A.H.S.Y.A.T

Umum mengetahui bulan2 selepas puasa amatlah azab bagi mereka yang tidak mengenal erti kira2. Azab itu terasa hingga menusuk ruang kalbu yang menipiskan lapisan iman dan kesabaran yang sedia nipis.

Di saat ini juga para manusia akan mula berangan dan berimaginasi. Wild dream kata orang putih. Kami di tempat kerja bangi juga tak terkecuali bermimpi liar. Mimpi liar kami lebih terjerumus kepada perkara2 yang ingin dibuat selepas gaji masuk. Berikut adalah petikan kata2 yang aq sering dengar hari2:

  • "Aq kalo gaji dah masuk aq dah tak lepak dengan korang. Aq lepak degan anak2 datuk je." -Abang kacak

  • "Kalo gaji masuk esok aq mintak MC seminggu terus. Aq nak lepak genting seminggu. Apa barang datang kerja: - Jejaka miskin

  • Aq kalo gaji masuk aq shoot terus gi Ikea. Aq nak order meatball dia. 2 set tau. Satu aq nak baling kat orang beratur belakang aq. Baru dia tau betapa kayanya aq. Satu lagi aq makan la." - Pemuda Utara

  • "Gua kalo gaji masuk, awek call aq mintak clash terus". - Fernando Beach Ball

  • "Kalo gaji masuk aq tak pandang dah Kak Ani (pengusaha kantin)" - Orang lapar

  • "Bagan lalang layan seafood. Kemudia terus layan shisha kat 15. Sambung plak karaoke 3 jam. Pastu layan Chicken McDeluxe set besar!!" - The three Amigos
Keji kan?

Its okay

Its okay if you want to go away

Tuesday, October 13, 2009

Donald Trump in a week

Berikut ialah cara-cara berjimat tahap dewa. Segala teknik2 ini telah di uji oleh penulis sendiri.Ternyata berkesan.
  1. Duit dalam wallet musti displin. Sebagai contoh, jika anda berazam untuk membawa RM10 sehari, bawa hanya Rm10. Jangan bawak lebih 10 sen pon. Kalo ada lebih, anda akan gagal.
  2. Makan seminima mungkin. Ada banyak cara untuk makan dengan harga minima. Satunya ialah makan ketika bukan peak hour. Contohnya makan pada pukul 3 petang bukan pukul 1 tgh hari. Ini kerana makanan pada waktu begini sudah tak diingini sangat., maka tokey kedai akan bagi harga cincai2. Kalo untung leh amik lauk banyak2 harga murah. Lagi satu tektik ialah sorok ayam bawah nasik. tapi harus diingat. Haram!!!
  3. Katakan TAKNAK. rokok, TAKNAK. minum pagi TAKNAK. Alamanda TAKNAK. Plaza Lowyat, TAKNAK. Karaoke TAKNAK.Pendek kata apa yang takde dalam bajet, katakan TAKNAK. Harus berhati batu disini.
  4. Bawa bekal. Bagi sesetengah lelaki ini mungkin mengguris ego mereka. Tapi bagi mereka yang nak jimat, ikut cara ni. Lnatk pi la ego calar ke apa ke. Bukan suruh hangpa drag ke bogel ke.
  5. Jatuh sakit. Cara ni paling jangan ikut. Memang tak masuk akal.

Tuesday, October 6, 2009

Aq demam

  • Waktu demam membuatkan aq banyak masa untuk berfikir.
  • Jadi aq pun berfikir tan[pa henti sambil meletak tangan atas dahi.
  • Seminggu lagi abang aq akan bernikah.
  • Raya hari tu kawan aq tiga orang bertunang.
  • Kawan2 aq dah mula cerita pasal tunang, kahwin, hantaran dan ubat kuat.
  • Apakah makna semua ini?
  • Setelah aq berfikir aq mendapat jawapannya.
  • Jawapannya ialah mereka sudah tua. Aq masih muda remaja.
  • Sekian.

Monday, October 5, 2009

Weird

  • Nothing much happen to me recently.
  • Nothing interesting to be shared with anyone.
  • No ideas that circling my mind currently.
  • So I decided not to write about anything for this entry.

Followers

Powered By Blogger